Tears Of Joy Line Smiley

Sunday, June 09, 2013

Episod 4 - Dikala Aku Suka Kamu

... HAMPIR setengah hari berada di dalam pusat renang membuatkan badan aku menjadi letih. Apatah lagi belajar berenang denagn sepupu aku itu. Perut aku mula berbunyi. Lapar pula rasanya. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 tengah hari. Aku memandang Is yang sedang berenang di dalam swimming pool. Tak bosan ke dia ni berenang dari tadi?
         Is yang perasan aku memandangnya, melambai-lambaikan tangannya ke arah aku. Aku menarik muka. Tidak lama kemudian, Is keluar dari kolam renang sambil menghampiriku. “Kenapa?” Dahinya berkerut memandang muka ku yang masam mencuka dan mulutku yang muncung sedepa dibuat-buat. Aku memandangnya. Dia mengangkat keningnya kemudian mengambil tuala di sebelah ku untuk mengelap badannya.
         “L.A.P.A.R.” aku mengeja satu persatu. Dia segera melihat jam tangannya. Sejurus itu dia menepuk dahinya.
         “Oh! So sorry. Is tak perasan dah masa makan tengah hari.”
         “Mana nak perasan berenang tu, mengalahkan atlet berlatih nak ke Olimpik.” Muka ku masih masam semasam cuka. Dia tersengih.
         “Maaflah. Tak sengaja. Dah. Pergi tukar baju. Lepas ni, Is bawa Aisya makan. Aisya nak makan dekat mana? Is belanja.” Haa! Itu yang aku nak dengar tu. Pergi makan. Yang bestnya bila dengar Is nak belanja. Selamat duit aku hari ni. Hehehe...


USAI solat isyak, aku terus merebahkan tubuh ku diatas katil. Sakit satu badan aku hari ni. Mana tak nya, lepas makan tengah hari Iskandar mengajak aku menonton wayang dan bermain bowling. Macam tidak ada hari lain mahu berseronok. Ikutkan hati, mahu saja aku tidur di dalam kereta. Mengenangkan Iskandar mahu ke luar negara minggu depan, aku turutkan sahaja kehendaknya hari ini. Just for today! Tapi seronok jugak.
         Beberapa ketika selepas aku menutup mata yang berat bagai ada batu pada bulu mataku, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi minta diangkat. Ahh! Lupa pula nak letak silent mode. Siapalah yang call malam-malam ni? Dengan rasa malas aku mengagahkan diri menuju ke meja solek ku untuk mengangkat panggilan tersebut.
         “Moshi-moshi.” kata ku. Aku sudah terbiasa menggunakan perkataan itu ketika menjawab panggilan. Jadi, rakan-rakan dan saudara-mara aku tidak hairan jika aku menjawab panggilan mereka begitu. Aku memang suka Bahasa Jepun.
         “Tak tidur lagi?” suara itu sayup-sayup kedengaran di hujung talian.
         “Baru je tutup mata tadi. Dah nak berlayar dah. Lepas tu awak pulak call. Macam tak ada hari esok.”
         “Yeke? Maaf mengganggu.”
         “Hmm.. Awak nak apa?”
         “Tak ada apa-apa. Rindu awak.”
Hish. Mengada-ngada betul samdol seorang ni. Rindu... Rindu... Ape ke jadahnya kau rindu aku tengah-tengah malam ni.
         “So?”
         “Saya nak jumpa awak.” Pulak dah! Tengah-tengah malam ni? Gila.
         “Awak mengigau eh? Ni dah pukul 11.30 malam tahu tak? Sudahlah. Baik awak masuk tidur. Jangan nak mengada-ngada. Assalamualaikum.” Aku terus menekan butang merah. Mematikan talian.
         Apa pula kali ini? Setelah sekian lama dia tidak menghubungi aku, sekarang baru nak contact? Hampeh! Masa kau sakitkan hati aku dulu, kau dah ada kekasih baru, kau lesap macam tu saja. Ingat aku ni apa? Lampin bayi? Lantak engkaulah Shafique. Menyakitkan hati saja fikirkan lelaki macam kau.


WELCOME back to school!” Eyrah menepuk belakang ku. Terkejut aku dibuatnya. Ingat siapalah tadi. Aku hanya tersenyum padanya. Seminggu berlalu, cuti sekolah dah tamat. Iskandar sudah terbang ke England semalam. Katanya ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan di sana. Aku tahu. Mesti fasal bisnes family-nya di sana. Baliknya entah bila. Hmm... Bosanlah aku lepas ni. Tidak ada orang nak tolong buat latihan Add Math.
         “Awak! Awak nampak tak Joey?” tiba-tiba Eyrah menyoal aku tentang lelaki itu. Ya... Lama sudah tidak bertemu muka dengannya. Apa khabar agaknya dia?
         “Tak ada. Kenapa?”
         “Kita dengar dia masuk sekolah hari ni.” Entah kenapa hati ku melonjak gembira mendengar kata-kata Eyrah. Tapi, aku kawal emosi aku. Hey? Budak kecil tu. Huhuhu...
         “Really? Baguslah tu. Tak adalah dia jadi penganggur terhormat di kampungnya.” Ujarku.


SEBULAN berlalu. Dalam tempoh masa sebulan itulah aku asyik memerhatikan budak baru tu. Aku pun tak tahu apa sebabnya aku jadi tertarik pada dirinya. Sekarang, yang aku tahu, aku suka padanya. I had a crush on him! Hendak beritahu kepada Ayie dan Eyrah nanti bising pula mereka. Apa harus aku lakukan? Adakah aku perlu memendam perasaan dari semua orang? Dengar cerita, Faizah juga sukakan dia. Aku jadi keliru sendiri.
         Suatu hari, ketika dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah bersama Eyrah tiba-tiba satu ayat keluar dari bibirku. “Awak, I think I had a crush on him!” Itu sahaja yang dapat aku katakan padanya. Dahinya berkerut memandangku. Seakan banyak tanda soal di atas kepalanya.
         “Him? Who?” Soalan yang cukup ringkas tetapi membuatkan jantungku berdegup pantas. Aku menelan air liur. “Hmm... Himm... Joey..” jawabku dengan suara yang tersekat-sekat.
         “Hah? Biar betul awak ni? Awak suka dia?” Reaksi yang aku dah jangkakan. Mesti dia terkejut punya. Aku hanya tersengih.
         “Sejak bila eh?” tanyanya lagi.
         “Err.. Sejak first time tengok dia kot.”
         “Wah! Tak sangkalah kita. Selama ni awak menaruh hati pada dia. Pendam sorang-sorang. Dahsyat! Selalunya awak tak macam ni.” Komennya. Aku hanya tersenyum panjang. Fuh! Lega rasanya. Akhirnya aku luahkan kepada sahabat baik ku sendiri.

         “Awak jangan beritahu siapa-siapa tau? Saya beritahu dengan awak sorang je ni.” Kata ku sambil menunjukkan jari kelingking kanan sebagai mengikat satu perjanjian. “Of course...” Eyrah menyambut jari kelingking kanan ku dengan jari kelingking kanannya juga.


ENGKORANG dok hendap siapa ni? Leher nu... dah macam ular nak patuk orang.” Teguran Ayie mengejutkan aku dan Eyrah.
         “Shhh! Diamlah.” Eyrah menutup mulut Ayie dengan tangannya. Namun Ayie cepat saja menepis tangan Eyrah.
         “Ohhh... Korang hendap budak-budak lelaki tu eh?” suara Ayie meninggi.
         “Ayie! Shhh!” kali ini aku pula menutup mulutnya dan dia tidak dapat menepis aku. Hehehe... Rasakan.
         “Diam! Kalau kau cakap lagi aku hempuk kepala kau kat tiang nanti.” Ugutku sambil ketawa. Ayie sudah terkapai-kapai. Akhirnya aku melepaskan Ayie.
         “Ui... engkorang ni hendap siapa sebenarnya? Beritahulah aku.” Akhirnya, tahu juga Ayie merendahkan volume kotak suaranya.
         Aku dan Eyrah hanya tersenyum memandangnya. “Adalah tu.” Jawab kami dan ketawa. Ayie memuncungkan mulutnya. Ahh! Sudah. Nak merajuk konon.
         “Ingat comel ke kau buat muka macam tu?” Terkejut bukan kepalang lagi kami bertiga mendengar ada suara lain di belakang kami. Kami terdiam sebentar. Tak pernah dengar pun suara ni? Getus hati ku. Kami bertiga perlahan-lahan menoleh ke belakang. Aku segera mengatup mulut ku daripada ternganga. Tak pula aku lihat reaksi Eyrah dan Ayie kerana aku terlalu terkejut melihat kehadiran lelaki itu di hadapan ku.
         “Hello?” tegur lelaki itu sekali lagi. Kami bertiga tersedar.
         “Sejak bila kau mengintip kami ni?” getus Ayie. Lelaki itu hanya tersenyum.
         “Aku ke mari nak pulangkan pen ini. Kau punya bukan?” Pen merah berjenama Faber Castell itu ditujukan kepada ku. Terdapat sticker nama aku pada tubuh pen tersebut. Macam mana pula pen aku boleh ada padanya? Ada ke aku beri dia pinjam? Bila?
         “Aku nampak pen ni atas lantai perpustakaan. Aku ingat nak buang tadi. Tak jadi nak buang sebab ternampak nama kau kat pen ni. So...” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku terus mengambil pen itu daripada tangannya. Jariku terkena telapak tangannya. So warm... Hihihi. Muka aku ni dah blushing. Aku menundukkan wajahku. Tidak ada kuasa mahu menantap matanya yang redup itu.
         “Thanks.” Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Hesh... Malulah pulak! Aku dengar dia menarik nafas dan menghembus. “Okaylah. Aku gerak dulu. Masa rehat dah nak habis ni.” aku hanya mendengar derap tapak kakinya melangkah pergi. Apabila yakin dia sudah masuk ke dalam kelasnya, aku dan Eyrah saling berpandangan dan memandang Ayie. “Arghhhahahaha!!” kami berdua melompat-lompat sambil berpusing. Ayie jadi hairan.

                                                                                   Bersambung...