Tears Of Joy Line Smiley

Sunday, December 14, 2014

Smiles & Tears

Assalamualaikum wbt.

Lamanya tak buat entri blog ni. Berhabuk-habuk dah blog aku. Hmm.. Sejak sambung study ni kebanyakan masa dihabiskan dengan kawan-kawan, aktiviti kolej dengan buku. Sekarang aku dah berada di semester kedua. Dan Alhamdulillah, syukur pada Allah, keputusan peperiksaan semester pertama aku dapat pointer 3.46. A good stater to me. Terima kasih banyak-banyak kat mak dan ahli keluarga lain yang selalu doakan kejayaan aku.

Banyak benda yang aku nak coretkan kat sini tapi aku cuma nak tulis kisah highlight minggu ni. 
Kisah gembira dan sedih. Baiklah, kita coretkan yg gembira dulu.
Ehemm... Alahmdulillah, syukur kpd Allah SWT, my uncle Awg. Mohamed dan my new aunt, Nur Fathin Nadirah telah selamat diijab kabul pada 12/12/2014, hari Jumaat lepas. 


Hari persandingan juga telah dilangsungkan dengan jayanya pada 13/12/2014, iaitu pada hari Sabtu.
Semoga sentiasa happy, dan bahagia hingga ke syurga Jannah, In Sha Allah!



Agak terkilan sebab aku tak dapat menghadiri majlis dorang sebab tak dapat cuti. Karang kalau aku cuti habislah kehadiran aku. Takpe lah. Kita doakan yang terbaik dari jauh.


Baiklah, itu cerita gembira. 

Pada tarikh 13/12/2014 juga, satu tragedi yang sangat tak disangka berlaku di kampung aku. Kebakaran yang melibatkan 4 buah rumah, dan salah seorang mangsa ialah kawan aku sejak dari kecil lagi, Nurul Anira. Kebakaran berlaku kira-kira pada waktu tengah hari, di mana masa tu orang kampung baru balik kenduri keluarga aku.

Terkejut, sedih, simpati. Itu saja yang dapat aku rasakan bila aku terima berita ini. Automatik air mata ku mengalir. 

Hai kawan, maafkan aku tidak dapat bersama ketika kau ditimpa musibah begini. Aku hanya mampu mendoakan agar kau dan keluarga serta mangsa-mangsa lain yang terlibat agar tabah menempuhi dugaan dan janganlah berputus asa. Ingatlah, Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya jika mereka tidak dapat menghadapi dugaan tersebut. Semoga dengan musibah ini, kita dapat mengambil pengajaran dan iktibarnya.