Tears Of Joy Line Smiley

Monday, May 27, 2013

Episod 2 - Dikala Aku Suka Kamu

Assalamualaikum wbt dan hai kepada semua viewers belog aku yang tak seberapa ni. Tempoh hari aku ada update entry sal cerpen tu kan? OKAY! Hari ni korang dah boleh baca sambungannya. Episod kedua cerpen Dikala Aku Suka Kamu~ ENJOYYY yaww. Xoxo!!! xD




Tamat kelas Bahasa Malaysia. Sekarang kelas Biologi. Haa. One of my favourite class too. Ada dua sebab. Pertama, aku suka belajar benda yang baru. Kedua, sebab ini kelas gabungan dengan kelas Eyrah dan Ayie.
         “Awak ada tengok tak student baru lalu kat foyer tadi?” tanya ku kepada Eyrah sejurus selepas duduk di meja kami.
         “Ada. Ada.” Kami saling berpandangan. Tersenyum-senyum.
         “Hehehehe. Are you thinking what I’m thinking?”soal ku.
         “Hehehehe. I am thinking what you’re thinking!” kemudian kami ketawa bersama.
         “Eyrah. Eyrah. Kacakkan dia?”
         “A’ha! Good looking boy. Aww!.” Sekali lagi kami ketawa. Nasiblah kelas belum bermula kerana Miss Chan masih membetulkan komputernya.
         “Shhhh! Janganlah bising sangat. Awak tahu tak dia tu siapa?” kata Eyrah sambil menutup separuh mulutku.
         “Kenapa?” aku kehairanan. Eyrah merapatkan mulutnya ke telinga ku. aku sedia mendengar.
         “Tahu tak, dia tu lah Joey. Sepupu Siti dan Syafika.” Bisik Eyrah. Terbeliak biji mata aku dan aku segera menutup mulutku.
         “Biar betik?”
         “Betik!”
         “Awak tahu siapa nama sebenar dia?”
         “Tak tahu.”
         “Awak tanyalah dengan Siti.”
         “Tak naklah!”
         “Kenapa pula?”
         “Malulah! Awaklah tanya mereka.”
         “Ishhh. Malu!”
         “Hmmm.” Kami berdua menggaru dagu masing-masing dan memandang ke arah Siti dan Syafika yang duduk di sebalah meja kami. Kemudian kami saling berpandangan lagi.
         “Kenapa dengan korang ni nyah?” Ayie menyampuk.
         “Tak ada apa-apa.” Jawab kami serentak.
         “Iyelah tu.” Ayie berlalu dari meja kami.

         Selepas tamat kelas Biology bermakna tamatlah juga sesi persekolahan kami hari ini. Jantung aku ni berdebar-debar sangat bila asyik fikirkan budak tu tadi. Aku nak tahu nama sebenar dia. Tapi...malu pula nak tanya dengan Siti atau Syafika. Nanti apalah yang mereka fikirkan.
         “Aisya? Awak betul-betul nak tahu ke full name Joey tu?” tanya Eyrah berbisik kepada ku.
         “Hmm...” Aku hanya anggukkan kepala dan mengetap bibirku.
         “Okay, jom kita tanya!”
         “Hah! Nak tanya dekat siapa?” aku terlopong separuh gembira.
         “Dengan Sitilah.” Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengangguk tanda setuju. Eyrah segera memanggil Siti sebelum dia memasuki laluan menuju ke asrama.
         “Haa.. Ada apa panggil aku ni?”
         “Tak ada. Eyrah nak tanya sesuatu dgn kau.” Jawab ku selamba. Eyrah menyiku pinggang ku.
         “Ish! Errr... Tak. Macam ni Siti. Err. Siapa nama sebenar Joey eh?”
         “Laaa! Tu je? Namanya Iqbal Rayyan. Kalau korang nak add dia kat Facebook, gi je dalam friendlist aku. Cari nama Iqbal Rayyan.”
         “Thanks Siti!” ujar kami berdua.
         “Ehem.. Ade apa-apa ke?” tanyanya lagi.
         “Hah? Ada! Ehh... Tak ada lah. Tak ada apa-apa. Saja je tanya.” Jawab ku. boleh pulak gagap aku ni.
         “Haha. Yalah. Aku gerak dulu.” Siti pun berlalu dari situ. Wah! Alangkah gembiranya hati ku ini. dapat tahu nama sebenar dia sekaligus dapat tahu nama Facebook dia. bertuah aku hari ini. hati aku penuh bunga-bunga.
         “Whee! Dah dapat.” Aku melompat-lompat di situ.
         “Woi. Malu siket?”
Alamak. Over excited pulak.
         “Hihi... Jom balik!”



Bersambung...

Sunday, May 26, 2013

The Rank In The Malaysia Police Organization

Ada cita-cita nak jadi polis? Hari ni aku share pangkat-pangkat yang ada dalam Angkatan Polis DiRaja Malaysia,dari pangkat Ketua Polis Negara sampailah pangkat yang paling rendah. Kebetulan aku ni salah seorang anak buah PDRM. So,apa salahnya kongsi sikitkan? Sharing is caring~ Xoxo!


1. Inspector-General of Police — wears the sultan's-crown insignia over four five-pointed stars (in a diamond shape) over a wreath containing a crossed baton and kris.

2. Deputy Inspector-General of Police — wears the sultan's-crown insignia over four five-pointed stars (in a diamond shape) over crossed baton and kris.

3. Commissioner of Police — wears the sultan's-crown insignia over three five-pointed stars (in an upside-down V shape) over crossed baton and kris.

4. Deputy Commissioner of Police — wears the sultan's-crown insignia over two five-pointed stars over crossed baton and kris.

5. Senior Assistant Commissioner of Police I — wears the sultan's-crown insignia over a five-pointed star over crossed baton and kris.

6. Senior Assistant Commissioner of Police II — as above

7. Assistant Commissioner of Police — wears the sultan's-crown insignia over two seven-pointed stars.

8. Superintendent of Police — wears the sultan's-crown insignia over a seven-pointed star

9. Deputy Superintendent of Police — wears the sultan's-crown insignia

10. Assistant Superintendent of Police — wears three seven-pointed stars (as a chief inspector)

11. Chief Inspector — wears three seven-pointed stars

12. Inspector — wears two seven-pointed stars

13. Probationary Inspector — wears one seven-pointed star

14. Sub-Inspector — wears one five-pointed star over a broad band

15. Sergeant Major — wears the sultan's-crown insignia (on lower uniform sleeve of white uniform)

16. Sergeant — wears three chevrons point down

17. Corporal — wears two chevrons point down

18. Lance Corporal — wears a single chevron point down

19. Constable — without special rank insignia


Saturday, May 25, 2013

The Short Story of "Dikala Aku Suka Kamu" [Part I]

Assalamualaikum and hi to all my viewers. Selamat bercuti kepada semua students. Cuti, cuti jugak, kerja sekolah jangan lupa buat. Dan tak lupa jugak rakan-rakan yang menyambut hari Gawai. Aku ucapkan, Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai. Hehe... Pesanan dari aku, jangan ngirup melampau sangat nanti tak pasal-pasal jalan terbabas masuk longkang. :D
Okay! Tak nak cakap panjang sangat dalam entri aku kali ini. Aku nak share 1 karya aku dalam entri ni. Sebuah cerpen yang dikarang oleh aku sendiri. Aku tak update sekali gus cerpen ni. I hope you guys suka dgn cerpen ni... Kalau ada apa-apa nak komen @ pendapat, boleh cari aku kat Facebook  or Twitter (@edithsidah.

NOTE!: CERITA INI TAK ADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH TIADA DI DUNIA. REKAAN SEMATA-MATA.

                       


          Kita  tak akan tahu apa yg akan jadi dengan nasib diri kita dan masa depan kita. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Memang aku akui semua itu. Dan... aku takkan pernah menyesal dengan apa yang aku capai sekarang. hmm. Apa yang aku caka...
         “Hoi!”
         “Oh kau masuk parit tenggelam karam waliya kamchagia...”
         “Haha!! Melatah pula dia. Jauh termenung?” Hish... ingatkan hantu mana pula yang kejutkan aku. Rupa-rupanya si Eyrah.
         “Waalaikumsalam! Ee... Tak tahu beri salam dah? Nasib kita tak ada lemah jantung.”
         “Sorry.. kita nampak awak termenung je dari tadi. Tengah fikir apa?”
         “Tak ada apa-apalah. Mengantuk. Merepek sendiri dalam otak.”
         “Yeke? Ke teringatkan seseorang?”
Hmm... tengok. Tengok! Mula dah Eyrah atau nama sebenarnya, Rabiatul Shahirah Binti Asri ni nak usik aku. Dia kawan baik aku sejak dari kecil lagi. Kalau gaduh, kita orang cepat je berbaik semula. Dah namanya pun bestfriend forever kan? Opss. Sibuk pula nak kenalkan BFF aku. Aku macam mana? Mesti korang tertanya-tanyakan? Hihihi... OK!
Nama aku, Nurul. Nama penuh, Nurul Aisya Binti Murshid. Berumur 17 tahun dan ya... aku masih bersekolah. Nampaknya tahun nilah last aku sekolah. Tak sabar pula rasanya nak melangkah ke alam seterusnya. Papa aku seorang peguam dan mama aku pula suri rumah sepenuh masa. Adik-beradik? Tak payah nak panjang lebarkan cerita. Aku ni anak tunggal, anak manja, anak kesayangan mama dan papa aku.
“Laa.. termenung lagi anak seorang ni!” Haa. Yang ni pulak Ayie. Nama sebenar,Yazid Adam. Cantik namanya. Orangnya? Err. Sotong sikit. Mulut kalau dah bercakap memang kalahlah kita yang kaum Hawa ni. Apa-apapun, aku sayang sangat dengan mereka berdua sebab mereka selalu ada masa aku senang dan susah! Alhamdulillah...
“Kita cakap panjang lebar pun tak gunalah. Bukannya dia nak dengar. Buang air liur je.” Eyrah memerli aku. Aku buat bodoh sajalah. Aku mengerling jam tangan di pergelangan tangan kanan ku.
“Eh! Masa rehat dah nak habis. Aku nak masuk kelas dululah.” Dan satu lagi aku nak beritahu korang. Walaupun kami tak sama kelas(tapi dalam aliran yang sama) kitaorg tetap BFF kan? Hihi...
Aku pun balik kelas lepas lepak dengan mereka. Mata pelajaran lepas rehat ni Bahasa Malaysia. Salah satu mata pelajaran yang aku suka. Tak pernah dapat gred teruk dari zaman sekolah rendah dulu. Cewah! Hari ini kami belajar dekat foyer sebab kelas kami tu di sebelah tandas. Jadi, faham-faham sajalah bau apa yang kami hidu lebih-lebih lagi waktu lepas rehat. Memey pekatlah baunye!
Masa tengah syok-syok belajar, tak tahulah kenapa aku ikut gerak hati aku suruh pi tengok tangga tak jauh dari foyer tempat kami belajar tu. Ada orang menuruni tangga. Mula-mula aku tak nampak sangat.
“Tu bukan kak Fidha ke?” tanya ku kepada rakan sekelas ku.
“A’ha. Dialah tu.”
         Hmm! Pasti pelajar baru. Fulamak!!! Kacaknya dia. Tinggi pulak tu! Mesti budak dari sekolah agamakan? Hehe. Kenapa aku kata dia dari sekolah agama tu? Sebab, budak-budak lelaki dari sekolah agama hampir semuanya kacak-kacak belaka.
         “Eee! Kacaknya dia.” bisik ku perlahan dalam nada suara yang rendah.
         “Mulalah tu.” Ujar Sunny.
         “Hehe. Harap-harap dia student tingkatan 5. Theheee!”
         “Jangan berharap sangat Aisya. Nanti tengok-tengok budak form three baru tahu.” Kata Sunny lagi.
         “Ahh! Tak. Besar tu budak form three. Tak mungkin.”
         Aduh! Jantung aku. Kenapalah tiba-tiba berdegup-degup bila tengok dia? Ishh. Sudahlah Aisya! Jangan nak berangan pulak.
                                                                      
Bersambung...