Tears Of Joy Line Smiley

Monday, May 27, 2013

Episod 2 - Dikala Aku Suka Kamu

Assalamualaikum wbt dan hai kepada semua viewers belog aku yang tak seberapa ni. Tempoh hari aku ada update entry sal cerpen tu kan? OKAY! Hari ni korang dah boleh baca sambungannya. Episod kedua cerpen Dikala Aku Suka Kamu~ ENJOYYY yaww. Xoxo!!! xD




Tamat kelas Bahasa Malaysia. Sekarang kelas Biologi. Haa. One of my favourite class too. Ada dua sebab. Pertama, aku suka belajar benda yang baru. Kedua, sebab ini kelas gabungan dengan kelas Eyrah dan Ayie.
         “Awak ada tengok tak student baru lalu kat foyer tadi?” tanya ku kepada Eyrah sejurus selepas duduk di meja kami.
         “Ada. Ada.” Kami saling berpandangan. Tersenyum-senyum.
         “Hehehehe. Are you thinking what I’m thinking?”soal ku.
         “Hehehehe. I am thinking what you’re thinking!” kemudian kami ketawa bersama.
         “Eyrah. Eyrah. Kacakkan dia?”
         “A’ha! Good looking boy. Aww!.” Sekali lagi kami ketawa. Nasiblah kelas belum bermula kerana Miss Chan masih membetulkan komputernya.
         “Shhhh! Janganlah bising sangat. Awak tahu tak dia tu siapa?” kata Eyrah sambil menutup separuh mulutku.
         “Kenapa?” aku kehairanan. Eyrah merapatkan mulutnya ke telinga ku. aku sedia mendengar.
         “Tahu tak, dia tu lah Joey. Sepupu Siti dan Syafika.” Bisik Eyrah. Terbeliak biji mata aku dan aku segera menutup mulutku.
         “Biar betik?”
         “Betik!”
         “Awak tahu siapa nama sebenar dia?”
         “Tak tahu.”
         “Awak tanyalah dengan Siti.”
         “Tak naklah!”
         “Kenapa pula?”
         “Malulah! Awaklah tanya mereka.”
         “Ishhh. Malu!”
         “Hmmm.” Kami berdua menggaru dagu masing-masing dan memandang ke arah Siti dan Syafika yang duduk di sebalah meja kami. Kemudian kami saling berpandangan lagi.
         “Kenapa dengan korang ni nyah?” Ayie menyampuk.
         “Tak ada apa-apa.” Jawab kami serentak.
         “Iyelah tu.” Ayie berlalu dari meja kami.

         Selepas tamat kelas Biology bermakna tamatlah juga sesi persekolahan kami hari ini. Jantung aku ni berdebar-debar sangat bila asyik fikirkan budak tu tadi. Aku nak tahu nama sebenar dia. Tapi...malu pula nak tanya dengan Siti atau Syafika. Nanti apalah yang mereka fikirkan.
         “Aisya? Awak betul-betul nak tahu ke full name Joey tu?” tanya Eyrah berbisik kepada ku.
         “Hmm...” Aku hanya anggukkan kepala dan mengetap bibirku.
         “Okay, jom kita tanya!”
         “Hah! Nak tanya dekat siapa?” aku terlopong separuh gembira.
         “Dengan Sitilah.” Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengangguk tanda setuju. Eyrah segera memanggil Siti sebelum dia memasuki laluan menuju ke asrama.
         “Haa.. Ada apa panggil aku ni?”
         “Tak ada. Eyrah nak tanya sesuatu dgn kau.” Jawab ku selamba. Eyrah menyiku pinggang ku.
         “Ish! Errr... Tak. Macam ni Siti. Err. Siapa nama sebenar Joey eh?”
         “Laaa! Tu je? Namanya Iqbal Rayyan. Kalau korang nak add dia kat Facebook, gi je dalam friendlist aku. Cari nama Iqbal Rayyan.”
         “Thanks Siti!” ujar kami berdua.
         “Ehem.. Ade apa-apa ke?” tanyanya lagi.
         “Hah? Ada! Ehh... Tak ada lah. Tak ada apa-apa. Saja je tanya.” Jawab ku. boleh pulak gagap aku ni.
         “Haha. Yalah. Aku gerak dulu.” Siti pun berlalu dari situ. Wah! Alangkah gembiranya hati ku ini. dapat tahu nama sebenar dia sekaligus dapat tahu nama Facebook dia. bertuah aku hari ini. hati aku penuh bunga-bunga.
         “Whee! Dah dapat.” Aku melompat-lompat di situ.
         “Woi. Malu siket?”
Alamak. Over excited pulak.
         “Hihi... Jom balik!”



Bersambung...