Tears Of Joy Line Smiley

Wednesday, June 05, 2013

Episod 3 - Dikala Aku Suka Kamu

Assalamualaikum wbt & Hai to all viewers. Sorry lambat sikit update sambungan cerpen Dikala Aku Suka Kamu karya Cik Hasidah yang tak seberapa ni. Okay! Harap korang semua enjoy baca sambungannya. Xoxo!


KERJA sekolah dah siap. Ulang kaji pun dah. Makan malam pun sudah. Baru pukul 9.30 malam. Joey... Joey.. kenapalah bila aku tengok kau, aku rasa semacam lain je? Kenapa berdebar-debar? Aku suka kau ke Joey? Tak mungkinlah! Mungkin sebab dia murid baru. Online Facebook-lah!
         Tiba-tiba pulak hati aku tergerak nak tengok Facebook dia. So, aku pun searc-lah dalam friendlist Facebook Siti. Dapat jugak. Dan tiba-tiba  aku rasa happy sangat. Aku sendiri tak perasan sampai aku tersedar. Sebab tengok gambar seorang awek ni dalam profile dia. Girlfriend dia kot?
         Rasa cemburu pula. Aku segera mencapai telefon bimbit ku. jariku bermain-main di keypad telefon bimbit. Mataku memandang skrin komputer. Aku mengeluh ringan, shut down komputer dan membaringkan diri ku di atas katil. Kenapa aku cepat sangat tertarik dengan dia? Cinta pandang pertamakah ni? Argh! Persetan semua tu. Aku baru tengok dia hari ni kan? Tak mungkin dah jatuh hati. Kenal pun tak. Baru tengok sahaja. Okay, Aisya. Jangan nak melebih-lebih pula. Entah-entah budak tu banyak kes disiplin dekat sekolah lama dia dulu. Aku pantang ni kalau jumpa budak-budak yang banyak kes disiplin dan tak nak bertaubat. Not my taste! Entah Pengetua terima ke tidak dia tu. Jangan terperangkap dengan wajah handsome dia tu, Aisya...
                                     

BEBERAPA minggu kemudian...
         “Danny! Boleh tak tolong aku?”
         “Ada apa Sya?”
         “Nak ambil fail dekat meja Cikgu Laila. Kau tolong aku ambil eh?”
         “Okay, jom.”
Kebetulan pula masa tu kami lalu depan Pejabat Am sekolah. Eh? Kenapa macam kenal mak cik tu?
         “Apa yang kau tengok tu? Tadi nak cepat.” Danny menegurku.
         “Tak. Mak cik tu. Macam kenallah.”
         “Nenek kau eh? Haha.”
         “Hotak kau! Jalanlah.”
         “Kau buka pintu.”
Dan bila aku buka saja pintu tu.
“Argh! Mak kau!” Aku teriak kecil. Aku terus tutup mulut aku dari melatah lebih lagi. Jantung aku rasa macam berhenti. Telinga aku rasa panas sangat! Budak tu lagi? Dia boleh buat selamba berjalan terus. Aku ni kaku terkaku depan pintu ni? Cakaplah “sorry” sekurang-kurangnya. Perasaan aku dah bercampur baur dah sekarang ni. Marah, gembira, geram. 3 in 1!
“Siapa tu?” tanya Danny.
“Budak baru.”
“Ape sal kau senyum sampai macam tu sekali?”
“Kenapa? Tak boleh?”
“Kau suka dia?” tersentap aku dibuatnya.
“Diamlah!”
“Aiek? Marah pulak.”
Dan selepas itu, kami terus pergi ke meja Cikgu Laila. Tak ada pula cikgu ni. Fail-fail tu entah di mana dia letak. Jadi, kami pun balik semula ke kelas. Dalam bilik guru tu juga, di tempat yang sama seperti kami masuk tadi. Arghh! Nak teriak sekuat hati rasanya. Kali ni, dia nak masuk, kami nak keluar. Masa dia dah masuk tu, tiba-tiba Danny tolak aku dari belakang dan yang paling tak boleh tahan, Joey ada betul-betul depan aku. Alamak!
         Nasib baiklah kaki aku ni cepat bertindak. Break di tempat yang betul! Fuhh! Lega. Beberapa inci lagi, kalau aku tak break tadi memang dah terpeluk Joey. Yang paling aku tak boleh tahan malu bila aku lihat pintu pejabat guru masih terbuka dan mak dia ada kat luar tu! Muka aku memang blushing gila.
         “Danny!!!” Aku menjeling Danny dan memukul belakangnya.
         “Hahaha! Kau sukakan?”
         “Pfft!!!” kalau scene ni ditukarkan dalam bentuk doodle, memang kepala aku macam gunung berapi.
Dalam kelas, mulalah si Danny nak buat gosip. Ada juga jambu seorang ni makan kasut karang.
         “Siapa yang Dan cakap tu?” tanya Eyrah dengan muka ‘sangat ingin tahu’nya.
         “Budak tu.”
         “Budak mana?”
         “Budak tempoh hari tu.”
         “Joey?!” aku hanya mengangguk.
         “Ada jodoh korang ni.” Ujar Eyrah. Kemudian tersengih-sengih memandang aku.
         “Kenapa awak ni?” tanyaku, buat muka serius.
         “Tak ada apa-apa.Awak tahu, dia murid tingkatan 4.”
“Tahulah.”
Aku tak terkejut. Sebab junior aku, Shah dah beritahu tadi. Sempat dia bisik dekat telinga aku tu kawan dia dan sama kelas dengannya. Malas nak layan. Aku membuka buku. Tapi aku tak dapat membacanya. Fikiran ku melayang. Bayang mukanya berlegar-legar di ruang otak ku. What’s wrong with me actually?


AISYA. Cepat sayang. Dah pukul berapa ni? Is dah tunggu tu.” Entah macam mana aku boleh bangun lambat hari ini. Semalam bukan main semangat lagi nak keluar lepak dengan Is. Bisinglah budak tu nanti. “I’m coming, Ma! Lima minit.” Jawab ku sambil mengemas barang-barang ku.
         “Dah siap! Apa tunggu lagi? Jom gerak.”
         “Lambat.” Hanya satu perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Aku menjelingnya. Tahulah aku lambat. Ingat aku sengaja ke? Malas betul nak layan samdol seorang ni.
         “Sudah. Sudah. Aisya ni kan, kalau tak cari gaduh dulu boleh tak? Kesian Is ni tunggu Aisya lama tau?” aku menarik muka. Mama dah mula nak bela Is lah tu. Aku mengerling Is. Dia tersenyum menang.
         “Okay. Whatever. Kita pergi dulu.” Malas mahu panjangkan syarahan mama. Aku segera mencium tangan mama dan menarik Is dari laman rumah ku.
         “Hati-hati drive tu Is. Take care of my daughter.” Sempat lagi mama meninggalkan pesanan kepada Is. “Yalah aunty. Kami pergi dulu.”
         Is a.k.a Iskandar Ukail ialah sepupu yang paling rapat dengan aku. Erk? Rapat ke? Boleh dikatakan rapat juga. Walaupun kami selalu bertikam lidah. Dia lepasan SPM. Jadi, maknanya umurnya sekarang ialah 18 tahun. Tua setahun saja dari aku. Is sedang menunggu tawaran masuk ke universiti. Dia tak mahu masuk tingkatan enam. Katanya lama sangat nak tunggu masuk ke universiti. Aku sokong tu. Lagipun, keputusan peperiksaannya sangat membanggakan. Jadi, memandangkan sekarang ni, aku tengah cuti sekolah kami ambil kesempatan ni hangout sama-sama. Bukan senang nak hangout dengan aku sekarang ni. Lebih-lebih lagi masa persekolahan. Al-maklumlah, nak duduk SPM.
         “Jauh termenung. Ingatkan siapa tu?” teguran Is mematikan lamunan ku.
         “Hm? Tak ada siapa-siapalah.”
         “Yeke? Ke ingatkan boyfriend?”        
         “Mengadalah! Ingat orang termenung ni nak ingatkan boyfriend saja ke?”
         “Yalah. Dah tu? Ingatkan siapa lagi kalau tak boyfriend.”
         “Lantak Sya-lah nak ingatkan siapa. Kalau Aisya ingatkan boyfriend kenapa? Is cemburu?” kataku tersenyum sinis kepadanya.
         “Kalau Is kata Is cemburu Aisya nak buat apa?” sesekali dia menjeling aku.

         “Tak ada maknanya!” Jawab ku memeluk tubuh. Is hanya tersengih dan terus fokus memandu.
 RAMAI pula pengunjung di pusat renang hari ini. Apalah mimpi si Is ni bawa aku ke mari. Berapa kali sudah aku membantah tak ke sini. Masih juga berdegil nak bawa aku ke sini. Apa motif dia sebenarnya? Nak tengok aku mati lemas ke? Aku tak tahu berenang okay!
         “Hari ni, Is nak ajar Aisya berenang.” Aku megerutkan dahi ku. Berenang? Bergurau ke?
         “Ajar Aisya berenang dekat tempat yang crowded macam ni?” soalku.
         “Nak mati awal ke?” Dia tersengih memandangku. Tak fahamlah aku dengan dia ni.
         “Nak ke Sya mati dekat sini?”
         “Jom ikut Is.” Ke mana pula dia nak bawa aku ni? Sekali tak buat kejutan tak boleh ke?
         “Kat sini?” tanya ku. Wah! Sini memang tempat privacy. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
         “Yes. Penat tau Is booked tempat ni semata-mata nak ajar Sya berenang.” Eh? Biar betul.
         “Apa mimpi Is nak ajar Sya berenang ni?”
         “Untuk keselamatan Sya.”
         “Macamlah Sya ni nak jadi askar.”
         “Manalah tahukan? Sya takut?” mata ku membulat memandangnya. Hello brader? Ni Aisya OK. Pantang dicabar.
         “No way!”
         “Good then. Chop chop! Let’s start now.” Aku hanya mencebik. Menyampah dengan gayanya. Macam poyo saja.

                                                 Bersambung...