Tears Of Joy Line Smiley

Monday, June 23, 2014

HOMESiCK

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara. 
Hari ni, masuk hari ke-8 aku berada di Politeknik KK. Sungguh tidak terasa masa berlalu. 
Pantas sekali, dan itulah yang aku mahukan. Biarlah masa berlalu dengan pantas. Aku mahu pulang ke kampung dengan segera. SUNGGUH AKU SEDANG MENGALAMI HOMESICK!
Setiap kali emak telefon dari kampung, aku pasti akan menahan sebak. Entahlah kenapa. Dulu, aku yang beria-ia mahu keluar merantau ke tempat orang, kononnya. 
Tapi? Lihatlah apa yang sedang berlaku. Aku akhirnya jadi lemah begini. 
YA RABB, kuatkanlah semangat ku di sini, tabahkan hati ku untuk menempuh hidup baharu ku di sini. 
Lindungilah aku daripada godaan-godaan syaitan. 
Sedarkanlah aku jika aku mulai lalai dengan perkara yang sia-sia. Sedarkanlah aku tujuan utama aku ke mari iaitu ingin menuntut ilmu-MU, YA ALLAH.
Semoga aku menemui kejayaan di akhirnya nanti. Aku tidak mahu melukakan hati emak dan keluarga ku.


Anak tunggal mu merinduimu makkk! :(

Sunday, June 22, 2014

New Life


ASSALAMUALAIKUM WBT para viewer yang dikasihi. Lama dah aku tak update blog aku ni. Sepanjang cuti 6 bulan lepas, aku honeymoon dan sekarang ALHAMDULILLAH aku telah berjaya memasuki sebuah IPT di Kota Kinabalu iaitu Politeknik Kota Kinabalu, mengambil DIPLOMA UKUR BAHAN(Quantity Surveying) di bawah JABATAN KEJURUTERAAN AWAM(JKA) selama 3 tahun yg bersamaan 6 semester. Sudah seminggu aku di sini.

Pengalaman pertama menjejakkan kaki di IPT ni memang aku tak boleh lupa. Hari pertama memang struggle habeh! Al maklumlah aku ni first time masuk hostel. Kat sini dorang panggil KAMSIS or Kolej Kediaman. Semua benda aku urus sendiri. Nasib baiklah aku tak angkat barang-barang aku sensorang naik aras 3 ni haa. Kalau tak memang pengsan ah aku jamin. 

Nak diceritakan, aku ni kali pertama jugaklah menjejakkan kaki ke bumi SABAH ni. Yang hantar & menemani aku pergi ke sini ialah, mak, pak uda & mak long. ALHAMDULILLAH, kami selamat sampai ke KK jam 9 malam dengan menaiki bas dari Miri. Lambat sampai di KK oleh sebab ada beberapa masalah teknikal semasa dalam perjalanan. 






Di atas tu adalah gambar-gambar yang sempat aku "snap" ketika bersiar-siar di kawasan Marina Court KK. SUBHANALLAH. Memang cantik pemandangannya. 








Gambar-gambar ni pulak adalah gambar semasa Minggu Suai Kenal a.k.a MSK a.k.a Minggu Orientasi. Syukurlah, 4 hari sahaja MSK dan aku temui ramai kenalan-kenalan serta rakan-rakan baru dari pelbagai latar belakang dan tempat. Semoga salam sambutan persahabatan kami dikekalkan. Amin Ya Rabb.


Ini pula gambar penutupan Program Smart Muslim yang diadakan di PUSAT ISLAM PKK tempoh hari (Jumaat-Sabtu). ALHAMDULILLAH, banyak perkara-perkara yg selama ini aku tak pasti & tak tahu, mereka terangkan di sini terutamanya tentang solat. Banyak faedah & ilmu yg aku peroleh di program ini walaupun ia hanya berlangsung selama 2 hari.

Okay guys, itu sahaja yg dapat aku kongsikan buat ketika ini. INSHAALLAH jika dipanjangkan umur dan ada rezeki aku akan update lagi cerita-cerita ku di dunia baru ku di PKK & bumi Sabah ini. 

ASSALAMUALAIKUM WBT~