Tears Of Joy Line Smiley

Monday, June 23, 2014

HOMESiCK

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara. 
Hari ni, masuk hari ke-8 aku berada di Politeknik KK. Sungguh tidak terasa masa berlalu. 
Pantas sekali, dan itulah yang aku mahukan. Biarlah masa berlalu dengan pantas. Aku mahu pulang ke kampung dengan segera. SUNGGUH AKU SEDANG MENGALAMI HOMESICK!
Setiap kali emak telefon dari kampung, aku pasti akan menahan sebak. Entahlah kenapa. Dulu, aku yang beria-ia mahu keluar merantau ke tempat orang, kononnya. 
Tapi? Lihatlah apa yang sedang berlaku. Aku akhirnya jadi lemah begini. 
YA RABB, kuatkanlah semangat ku di sini, tabahkan hati ku untuk menempuh hidup baharu ku di sini. 
Lindungilah aku daripada godaan-godaan syaitan. 
Sedarkanlah aku jika aku mulai lalai dengan perkara yang sia-sia. Sedarkanlah aku tujuan utama aku ke mari iaitu ingin menuntut ilmu-MU, YA ALLAH.
Semoga aku menemui kejayaan di akhirnya nanti. Aku tidak mahu melukakan hati emak dan keluarga ku.


Anak tunggal mu merinduimu makkk! :(