Tears Of Joy Line Smiley

Saturday, June 15, 2013

Episod 5 - Dikala Aku Suka Kamu

Assalamualaikum wbt & Hai to all viewers! This is my last entry for cerpen Dikala Aku Suka Kamu @ apa-apa entry yang lain. InsyaAllah, kalau Allah panjangkan umur, aku akan sambung update entry hujung bulan November nanti. Iaitu selepas tamat SPM. I have to sacrifice for my biggest exam ever. Tambah tolak darab bahagi cuti itu dan ini, pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang 5 bulan menjelang peperiksaan SPM. Aku taknak bazirkan masa banyak sangat. Sebab banyak perkara lagi yang perlu aku settle-kan. Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 4hb&5hb Julai 2013 nanti. Aku & the gang pulak kena buat persembahan hari tu. So, nak kena training lagi, study lagi. Penatkan? Aku pun manusia biasa. Perlukan rehat. Bulan Ramadhan pula akan menyusul selepas tu. Beberapa minggu lepas tu, TRIAL SPM 1 pulak. I’ll do my best! Aku target 5A dalam trial 1&2 SPM. Doakan aku. InsyaAllah, aku takkan kecewakan family, guru-guru dan rakan-rakan aku semua




WAH, cantiknya anak dara abah sorang ni.” pujian abah membuatkan aku menoleh ke arah pintu bilik tidurku. Mama juga ada di sisi abah. Aku tersenyum manis. “Anak abah memang ada seorang saja.”
         “Dah siap ke? Mama dan abah nak hantar Aisya ni.” kata mama. Aku segera mencapai wedges yang diletakkan di tepi katil.
         Malam ini merupakan malam sambutan Hari Guru disekolah ku. Di hadapan dewan sekolah, aku lihat Eyrah dan Ayie sedang menunggu ku. Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, satu kumpulan murid lelaki bersembang. Aku tidak pasti siapa mereka kerana pandangan ku pada waktu malam agak kabur.
         “Cantiknya awak! Ingatkan artis mana yang datang.” puji Ayie. Begitu juga dengan Eyrah. Aku menunduk hormat ala-ala Cindarella. Kembang setaman aku dipuji begitu. Bukan sahaja mereka berdua. Malah budak-budak lelaki yang berdiri di situ juga memujiku.
         “Sya! Dia tengok awaklah.” Bisik Eyrah.
         “Siapa?”
         “Joey.”
         “Tipulah!”
         “Ish. Awak ni. Saya cakap betullah. Dia tenung awak. Tak berkedip mata dia tengok awak tau! Cuba awak pandang sana tu. Cepat.. cepat...” Eyrah memusingkan kepalaku ke arah yang ditunjukkannya tadi.
Mata ku menangkap seorang lelaki yang memakai baju Melayu hijau dihujung dewan. Seketika itu, mata kami bertaut. Degup jantung ku sekali lagi rasa terhenti. Alamak! Betullah dia tengah pandang aku. Namun, beberapa saat kemudian, dia melarikan matanya dari aku. Aku menoleh Eyrah kembali. “Saya tak tipu awakkan?” soal Eyrah. Aku hanya mengangguk dan tersengih.
“Dia suka awak tak?” aku mengangkat kening ku mendengar soalan dari Eyrah.
“Tak mungkinlah.”
“Mana awak tahu?”
“Dalam Facebook saya tengok dia bergambar dengan sorang awek. Sudahlah langsing. Cun pulak tu! Girlfriend dialah tu.”
“Mana awak tahu tu girlfriend dia? Awak pernah tanya dia? Saya dengar kakak sulung dia, pramugari. Tak mustahil itu kakak long dia bukan?” Aku tidak tahu mahu menjawab apa lagi setelah mendengar hujah Rabiatul Shahirah yang satu ini.
“Apa engkorang ni bersembang je dari tadi. Makannya tak.” Ayie mengejutkan kami dari belakang.
“Sedap ke?” tanya Eyrah. Eyrah sentiasa prihatin dengan apa yang sesuatu majilis itu hidangkan. Prihatin dengan rasa, sedap ke tidak.
“Sedaplah! Saya dua kali tambah ni.” kata Ayie dengan yakin.
“Jom, makan!” Eyrah menarik tangan ku menuju ke tempat buffet.
Entah apa yang aku pijak semasa hendak mengambil minuman. Keseimbangan badan ku hilang. Aku terasa tubuhku melayang. Namun ada sesuatu menahan tubuhku daripada terhumban ke lantai dewan. Kalau tidak ada yang menahan, memang dah patah leher aku ni. Tapi, siapa yang menyambut aku ni? Macam kenal saja bau perfume ni. Perlahan-lahan aku mencelikkan mata ku. “Joey?” automatik nama itu terbit di hati ku. Namun ianya hanya tersangkut di dalam kerongkong ku. Tidak dapat diluahkan. Nafasku jadi tersekat di dada.
         Mata kami tertaut lagi. Kami bagaikan terpaku seketika. Bagai ada suatu cahaya indah yang menyinari adegan kami pada masa itu. Ku lihat dia hanya senyum memandangku. Rasanya seperti di kayangan. Burung-burung merpati berterbangan. Kelopak bunga mawar merah dan putih diterbangkan angin. Indahnya kami rasakan. “Ehemmm!”
         Kami tersedar. Kacau line betullah! Aku segera berdiri tegak di sebelahnya tanpa memandang mukanya sekilas pun. Aku perasan dia memandangku dan senyum pada ku dan menggaru-garu kepalanya. Gatal kot? Tetapi aku buat-buat sibuk membetulkan kelip rambut dan pakaian ku.
         “Awak okay tak Sya?” soal Ayie menyentuh-nyentuh kepala ku. Nampaknya dia begitu risau akan keadaan ku. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala ku.
         “Apa kau dah buat dengan Aisya ha?” kali ini Ayie menyoal Joey dengan nada yang agak marah dan geram. Dia seperti hendak menyerang Joey. Nasib baiklah aku segera menahannya. Tak boleh dibiarkan mereka bergaduh di sini. Ada pula yang masuk hospital lepas ni. Walaupun Ayie ni lembut orangnya, jangan main-main dengannya. Black belt taekwondo tu!
         Joey segera lari ke belakang ku. “Aku tak buat apa-apalah!” dia membela dirinya. Tersirap darah ku tatkala dia menyentuh bahu ku. Namun aku segera menggerakkan bahuku tanda aku tidak selesa dengan perbuatannya itu.
         “Ayie, sudahlah. Dia tak buat apa-apa. Saya yang tersalah langkah tadi.” Akhirnya Ayie berhenti untuk mendapatkan Joey.
         Aku menoleh ke belakang. Joey masih tersengih-sengih. Ah! Sudah. Sawan ke? Seperti mengerti pandangan ku, dia beralih ke sebelah ku. “Nasib baik Aisya bela kau. Kalau tak, memang aku lenyek-lenyek kau sampai jadi belacan.” Sambung Ayie lagi sambil menggenggam penumbuknya. Aku hanya mampu menggelengkan kepala ku.
         “Sudah! Jom pergi sambung makan.” Aku menyudahi adegan tersebut.
“Awak, saya nak duduk dengan awak boleh?” aku hampir tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku berfikir beberapa saat. “Boleh tak? Kalau tak boleh, tak apalah.” Aih? Macam merajuk pula lenggok ayatnya. “Hmm. Jomlah.” Kami bergerak menuju ke tempat duduk kami bertiga.
Kejadian malam itu sungguh membuatkan hatiku berbunga mekar kembali. Sepanjang malam itu, kami berbual, berkongsi cerita malah ketawa bersama-sama. Bahagianya ku rasakan. Setelah sekian lamanya aku tidak berasa bahagia seperti itu ketika bersama seorang jejaka kecuali bersama abah. Adakah dia berasa perasaan yang sama seperti aku? Aku tidak mahu berharap. Tetapi, alangkah indahnya duniaku andai dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan ku. 

  
                                                                    Bersambung...