Tears Of Joy Line Smiley

Thursday, November 28, 2013

Missing You

Assalamualaikum wbt & hello viewers!
Wahhh. Lamanya tak update blog ni. Agak-agak berapa bulan eh aku tak update? Well well well... SPM pun dah habis semalam (Rabu,27Nov’13,1530) bagi calon-calon yang mengambil subjek Biology[macam aku..hehe]! Merdeka merdeka merdeka!!!
Happy tu happy jugak. Tapi sedih jugak! Kenapa sedih? Mestilah sedih sebab, lepas ni tak dok dah nak pergi sekolah, masuk kelas dgn kawan-kawan yg sama macam zaman sekolah dulu. Lepas ni, semua dengan haluan masing-masing. Huhuhu...

Aku senyum sendiri bila teringatkan malam Rabu[hari Selasa], bila seseorang call aku. Masa tu aku dah nak go to sleep. Plus, masa tu tengah sakit kepala sebab pressure paper chemist pagi tu, and study untuk paper biology pada hari esok nyer. Mula-mula aku tak angkat. Lepas dua tiga kali budak tu call aku angkat je. Tapi malas nak cakap apa-apa. Takut karang kena mandrem dalam call. Sudahlah aku tak tahu siapa punya nombor. Hahaha. Melampaukan imaginasi aku ni.

Kali ke-4[kalau tak silap] dia call aku, aku dengar dia cakap macam ni, “Manalah Cdah ni tak angkat call.” Suara lelaki. Aku cuba cam suara dia tapi tak dapat. Agaknya dia membebel sendiri sebab aku tak cakap bila angkat call dia. Aku sent message kat dia, tanya siapa dia. No respond. Kali ke-3 aku dah fed up sangat-sangat kat orang tu, aku marah dia. Tipulah kalau korang tak marahkan, bila ada stranger number call korang tengah-tengah malam buta dan masa tu engkorang tengah tension.
And, barulah aku dapat melelapkan mata sebab dia dah tak call dah lepas aku marah tu tadi. Aman dunia!!!

The next day, macam biasa pergi sekolah buat muka happy siket sebab nak habis exam dah. Hehehe... tengah-tengah study tu, datang si Damian. Dia tanya aku, aku dah tidur ke malam tadi? Aku macam connect je. Haaa!! Tau dah. Mesti kerja dia. Lepas tu, aku tengok muka Chris & Amy. Senyum-senyum je bila pandang aku. Memang sah! Memang sah aku dah kena “pau” diorang ni. bertuah punya kawan! Tapi aku tak marah. Sporting-lahkan. Bukan selalu kena kacau macam tu.

Sebelum masuk dewan peperiksaan, Chris cakap macam ni kat aku. “Lepas ni, tak ada dah kita nak kacau-mengacau macam tu lagi tau.” Dengan mimik mukanya yg sedih tu. Touching betol. Aku senyum je. Kalau aku buka mulut karang memang ada yg hingus meleleh.

Masa berlalu dgn pantas. Tepat jam 1530, habislah. Tamatlah zaman persekolahan kami. Sebelum balik, memang ramailah yg menangis. Aku control. Aku tak nak menangis. Walaupun berat nak tinggalkan mereka. Kalau ada jodoh kita jumpa lagikan...? J





Aku akan merindui semua kenangan pahit dan manis kami selama 5 tahun study dekat sekolah tu. Yang paling aku tak boleh lupa, kami sekelas ni kuat makan. Pantang sangat tengok makanan. Mesti licinlah, terutama bila musim perayaan atau bila adakan party.

Doa aku, semoga calon-calon SPM tahun 2013 ni berjaya dunia akhirat. Semoga dapat keputusan yang cemerlang. Dapat sambung study dalam bidang yang kami minat. Dan semoga cita-cita kami tercapai. Amin!


Yang macam cute macam cantek ni bestfriend aku sejak pra-sekolah lagi... 



Ni lah classmates aku. Comel-comel, cantek-cantek & kacak-kacak jer semuanyer... Kitaorang semua ada 18 orang. 13 perempuan, 5 lelaki. Ni gambar masa party perpisahan a.k.a farewell party.


Happy family...



With Miss Suraya, guru kelas & guru Mathematics kami yang tak lama lagi nak tukar gelaran dah jadi Madam. Congrats cikgu! :D 



With our Chemistry teacher, Madam Jamuna. 







With rakan-rakan sebelah kelas yang sama aliran(sains)


#That’s all from me today... Sorry tak dapek den nak letak semua photos. Banyak sangat. Bagi friends & viewers yang nak tengok our photos lagi, boleh tengok kat Facebook aku. XOXO

Wassalam~

Saturday, June 15, 2013

Episod 5 - Dikala Aku Suka Kamu

Assalamualaikum wbt & Hai to all viewers! This is my last entry for cerpen Dikala Aku Suka Kamu @ apa-apa entry yang lain. InsyaAllah, kalau Allah panjangkan umur, aku akan sambung update entry hujung bulan November nanti. Iaitu selepas tamat SPM. I have to sacrifice for my biggest exam ever. Tambah tolak darab bahagi cuti itu dan ini, pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang 5 bulan menjelang peperiksaan SPM. Aku taknak bazirkan masa banyak sangat. Sebab banyak perkara lagi yang perlu aku settle-kan. Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 4hb&5hb Julai 2013 nanti. Aku & the gang pulak kena buat persembahan hari tu. So, nak kena training lagi, study lagi. Penatkan? Aku pun manusia biasa. Perlukan rehat. Bulan Ramadhan pula akan menyusul selepas tu. Beberapa minggu lepas tu, TRIAL SPM 1 pulak. I’ll do my best! Aku target 5A dalam trial 1&2 SPM. Doakan aku. InsyaAllah, aku takkan kecewakan family, guru-guru dan rakan-rakan aku semua




. “WAH, cantiknya anak dara abah sorang ni.” pujian abah membuatkan aku menoleh ke arah pintu bilik tidurku. Mama juga ada di sisi abah. Aku tersenyum manis. “Anak abah memang ada seorang saja.”
         “Dah siap ke? Mama dan abah nak hantar Aisya ni.” kata mama. Aku segera mencapai wedges yang diletakkan di tepi katil.
         Malam ini merupakan malam sambutan Hari Guru disekolah ku. Di hadapan dewan sekolah, aku lihat Eyrah dan Ayie sedang menunggu ku. Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, satu kumpulan murid lelaki bersembang. Aku tidak pasti siapa mereka kerana pandangan ku pada waktu malam agak kabur.
         “Cantiknya awak! Ingatkan artis mana yang datang.” puji Ayie. Begitu juga dengan Eyrah. Aku menunduk hormat ala-ala Cindarella. Kembang setaman aku dipuji begitu. Bukan sahaja mereka berdua. Malah budak-budak lelaki yang berdiri di situ juga memujiku.
         “Sya! Dia tengok awaklah.” Bisik Eyrah.
         “Siapa?”
         “Joey.”
         “Tipulah!”
         “Ish. Awak ni. Saya cakap betullah. Dia tenung awak. Tak berkedip mata dia tengok awak tau! Cuba awak pandang sana tu. Cepat.. cepat...” Eyrah memusingkan kepalaku ke arah yang ditunjukkannya tadi.
Mata ku menangkap seorang lelaki yang memakai baju Melayu hijau dihujung dewan. Seketika itu, mata kami bertaut. Degup jantung ku sekali lagi rasa terhenti. Alamak! Betullah dia tengah pandang aku. Namun, beberapa saat kemudian, dia melarikan matanya dari aku. Aku menoleh Eyrah kembali. “Saya tak tipu awakkan?” soal Eyrah. Aku hanya mengangguk dan tersengih.
“Dia suka awak tak?” aku mengangkat kening ku mendengar soalan dari Eyrah.
“Tak mungkinlah.”
“Mana awak tahu?”
“Dalam Facebook saya tengok dia bergambar dengan sorang awek. Sudahlah langsing. Cun pulak tu! Girlfriend dialah tu.”
“Mana awak tahu tu girlfriend dia? Awak pernah tanya dia? Saya dengar kakak sulung dia, pramugari. Tak mustahil itu kakak long dia bukan?” Aku tidak tahu mahu menjawab apa lagi setelah mendengar hujah Rabiatul Shahirah yang satu ini.
“Apa engkorang ni bersembang je dari tadi. Makannya tak.” Ayie mengejutkan kami dari belakang.
“Sedap ke?” tanya Eyrah. Eyrah sentiasa prihatin dengan apa yang sesuatu majilis itu hidangkan. Prihatin dengan rasa, sedap ke tidak.
“Sedaplah! Saya dua kali tambah ni.” kata Ayie dengan yakin.
“Jom, makan!” Eyrah menarik tangan ku menuju ke tempat buffet.
Entah apa yang aku pijak semasa hendak mengambil minuman. Keseimbangan badan ku hilang. Aku terasa tubuhku melayang. Namun ada sesuatu menahan tubuhku daripada terhumban ke lantai dewan. Kalau tidak ada yang menahan, memang dah patah leher aku ni. Tapi, siapa yang menyambut aku ni? Macam kenal saja bau perfume ni. Perlahan-lahan aku mencelikkan mata ku. “Joey?” automatik nama itu terbit di hati ku. Namun ianya hanya tersangkut di dalam kerongkong ku. Tidak dapat diluahkan. Nafasku jadi tersekat di dada.
         Mata kami tertaut lagi. Kami bagaikan terpaku seketika. Bagai ada suatu cahaya indah yang menyinari adegan kami pada masa itu. Ku lihat dia hanya senyum memandangku. Rasanya seperti di kayangan. Burung-burung merpati berterbangan. Kelopak bunga mawar merah dan putih diterbangkan angin. Indahnya kami rasakan. “Ehemmm!”
         Kami tersedar. Kacau line betullah! Aku segera berdiri tegak di sebelahnya tanpa memandang mukanya sekilas pun. Aku perasan dia memandangku dan senyum pada ku dan menggaru-garu kepalanya. Gatal kot? Tetapi aku buat-buat sibuk membetulkan kelip rambut dan pakaian ku.
         “Awak okay tak Sya?” soal Ayie menyentuh-nyentuh kepala ku. Nampaknya dia begitu risau akan keadaan ku. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala ku.
         “Apa kau dah buat dengan Aisya ha?” kali ini Ayie menyoal Joey dengan nada yang agak marah dan geram. Dia seperti hendak menyerang Joey. Nasib baiklah aku segera menahannya. Tak boleh dibiarkan mereka bergaduh di sini. Ada pula yang masuk hospital lepas ni. Walaupun Ayie ni lembut orangnya, jangan main-main dengannya. Black belt taekwondo tu!
         Joey segera lari ke belakang ku. “Aku tak buat apa-apalah!” dia membela dirinya. Tersirap darah ku tatkala dia menyentuh bahu ku. Namun aku segera menggerakkan bahuku tanda aku tidak selesa dengan perbuatannya itu.
         “Ayie, sudahlah. Dia tak buat apa-apa. Saya yang tersalah langkah tadi.” Akhirnya Ayie berhenti untuk mendapatkan Joey.
         Aku menoleh ke belakang. Joey masih tersengih-sengih. Ah! Sudah. Sawan ke? Seperti mengerti pandangan ku, dia beralih ke sebelah ku. “Nasib baik Aisya bela kau. Kalau tak, memang aku lenyek-lenyek kau sampai jadi belacan.” Sambung Ayie lagi sambil menggenggam penumbuknya. Aku hanya mampu menggelengkan kepala ku.
         “Sudah! Jom pergi sambung makan.” Aku menyudahi adegan tersebut.
“Awak, saya nak duduk dengan awak boleh?” aku hampir tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku berfikir beberapa saat. “Boleh tak? Kalau tak boleh, tak apalah.” Aih? Macam merajuk pula lenggok ayatnya. “Hmm. Jomlah.” Kami bergerak menuju ke tempat duduk kami bertiga.
Kejadian malam itu sungguh membuatkan hatiku berbunga mekar kembali. Sepanjang malam itu, kami berbual, berkongsi cerita malah ketawa bersama-sama. Bahagianya ku rasakan. Setelah sekian lamanya aku tidak berasa bahagia seperti itu ketika bersama seorang jejaka kecuali bersama abah. Adakah dia berasa perasaan yang sama seperti aku? Aku tidak mahu berharap. Tetapi, alangkah indahnya duniaku andai dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan ku. 

  
                                                                    Bersambung...

Sunday, June 09, 2013

Episod 4 - Dikala Aku Suka Kamu

... HAMPIR setengah hari berada di dalam pusat renang membuatkan badan aku menjadi letih. Apatah lagi belajar berenang denagn sepupu aku itu. Perut aku mula berbunyi. Lapar pula rasanya. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 tengah hari. Aku memandang Is yang sedang berenang di dalam swimming pool. Tak bosan ke dia ni berenang dari tadi?
         Is yang perasan aku memandangnya, melambai-lambaikan tangannya ke arah aku. Aku menarik muka. Tidak lama kemudian, Is keluar dari kolam renang sambil menghampiriku. “Kenapa?” Dahinya berkerut memandang muka ku yang masam mencuka dan mulutku yang muncung sedepa dibuat-buat. Aku memandangnya. Dia mengangkat keningnya kemudian mengambil tuala di sebelah ku untuk mengelap badannya.
         “L.A.P.A.R.” aku mengeja satu persatu. Dia segera melihat jam tangannya. Sejurus itu dia menepuk dahinya.
         “Oh! So sorry. Is tak perasan dah masa makan tengah hari.”
         “Mana nak perasan berenang tu, mengalahkan atlet berlatih nak ke Olimpik.” Muka ku masih masam semasam cuka. Dia tersengih.
         “Maaflah. Tak sengaja. Dah. Pergi tukar baju. Lepas ni, Is bawa Aisya makan. Aisya nak makan dekat mana? Is belanja.” Haa! Itu yang aku nak dengar tu. Pergi makan. Yang bestnya bila dengar Is nak belanja. Selamat duit aku hari ni. Hehehe...


USAI solat isyak, aku terus merebahkan tubuh ku diatas katil. Sakit satu badan aku hari ni. Mana tak nya, lepas makan tengah hari Iskandar mengajak aku menonton wayang dan bermain bowling. Macam tidak ada hari lain mahu berseronok. Ikutkan hati, mahu saja aku tidur di dalam kereta. Mengenangkan Iskandar mahu ke luar negara minggu depan, aku turutkan sahaja kehendaknya hari ini. Just for today! Tapi seronok jugak.
         Beberapa ketika selepas aku menutup mata yang berat bagai ada batu pada bulu mataku, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi minta diangkat. Ahh! Lupa pula nak letak silent mode. Siapalah yang call malam-malam ni? Dengan rasa malas aku mengagahkan diri menuju ke meja solek ku untuk mengangkat panggilan tersebut.
         “Moshi-moshi.” kata ku. Aku sudah terbiasa menggunakan perkataan itu ketika menjawab panggilan. Jadi, rakan-rakan dan saudara-mara aku tidak hairan jika aku menjawab panggilan mereka begitu. Aku memang suka Bahasa Jepun.
         “Tak tidur lagi?” suara itu sayup-sayup kedengaran di hujung talian.
         “Baru je tutup mata tadi. Dah nak berlayar dah. Lepas tu awak pulak call. Macam tak ada hari esok.”
         “Yeke? Maaf mengganggu.”
         “Hmm.. Awak nak apa?”
         “Tak ada apa-apa. Rindu awak.”
Hish. Mengada-ngada betul samdol seorang ni. Rindu... Rindu... Ape ke jadahnya kau rindu aku tengah-tengah malam ni.
         “So?”
         “Saya nak jumpa awak.” Pulak dah! Tengah-tengah malam ni? Gila.
         “Awak mengigau eh? Ni dah pukul 11.30 malam tahu tak? Sudahlah. Baik awak masuk tidur. Jangan nak mengada-ngada. Assalamualaikum.” Aku terus menekan butang merah. Mematikan talian.
         Apa pula kali ini? Setelah sekian lama dia tidak menghubungi aku, sekarang baru nak contact? Hampeh! Masa kau sakitkan hati aku dulu, kau dah ada kekasih baru, kau lesap macam tu saja. Ingat aku ni apa? Lampin bayi? Lantak engkaulah Shafique. Menyakitkan hati saja fikirkan lelaki macam kau.


“WELCOME back to school!” Eyrah menepuk belakang ku. Terkejut aku dibuatnya. Ingat siapalah tadi. Aku hanya tersenyum padanya. Seminggu berlalu, cuti sekolah dah tamat. Iskandar sudah terbang ke England semalam. Katanya ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan di sana. Aku tahu. Mesti fasal bisnes family-nya di sana. Baliknya entah bila. Hmm... Bosanlah aku lepas ni. Tidak ada orang nak tolong buat latihan Add Math.
         “Awak! Awak nampak tak Joey?” tiba-tiba Eyrah menyoal aku tentang lelaki itu. Ya... Lama sudah tidak bertemu muka dengannya. Apa khabar agaknya dia?
         “Tak ada. Kenapa?”
         “Kita dengar dia masuk sekolah hari ni.” Entah kenapa hati ku melonjak gembira mendengar kata-kata Eyrah. Tapi, aku kawal emosi aku. Hey? Budak kecil tu. Huhuhu...
         “Really? Baguslah tu. Tak adalah dia jadi penganggur terhormat di kampungnya.” Ujarku.


SEBULAN berlalu. Dalam tempoh masa sebulan itulah aku asyik memerhatikan budak baru tu. Aku pun tak tahu apa sebabnya aku jadi tertarik pada dirinya. Sekarang, yang aku tahu, aku suka padanya. I had a crush on him! Hendak beritahu kepada Ayie dan Eyrah nanti bising pula mereka. Apa harus aku lakukan? Adakah aku perlu memendam perasaan dari semua orang? Dengar cerita, Faizah juga sukakan dia. Aku jadi keliru sendiri.
         Suatu hari, ketika dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah bersama Eyrah tiba-tiba satu ayat keluar dari bibirku. “Awak, I think I had a crush on him!” Itu sahaja yang dapat aku katakan padanya. Dahinya berkerut memandangku. Seakan banyak tanda soal di atas kepalanya.
         “Him? Who?” Soalan yang cukup ringkas tetapi membuatkan jantungku berdegup pantas. Aku menelan air liur. “Hmm... Himm... Joey..” jawabku dengan suara yang tersekat-sekat.
         “Hah? Biar betul awak ni? Awak suka dia?” Reaksi yang aku dah jangkakan. Mesti dia terkejut punya. Aku hanya tersengih.
         “Sejak bila eh?” tanyanya lagi.
         “Err.. Sejak first time tengok dia kot.”
         “Wah! Tak sangkalah kita. Selama ni awak menaruh hati pada dia. Pendam sorang-sorang. Dahsyat! Selalunya awak tak macam ni.” Komennya. Aku hanya tersenyum panjang. Fuh! Lega rasanya. Akhirnya aku luahkan kepada sahabat baik ku sendiri.

         “Awak jangan beritahu siapa-siapa tau? Saya beritahu dengan awak sorang je ni.” Kata ku sambil menunjukkan jari kelingking kanan sebagai mengikat satu perjanjian. “Of course...” Eyrah menyambut jari kelingking kanan ku dengan jari kelingking kanannya juga.


“ENGKORANG dok hendap siapa ni? Leher nu... dah macam ular nak patuk orang.” Teguran Ayie mengejutkan aku dan Eyrah.
         “Shhh! Diamlah.” Eyrah menutup mulut Ayie dengan tangannya. Namun Ayie cepat saja menepis tangan Eyrah.
         “Ohhh... Korang hendap budak-budak lelaki tu eh?” suara Ayie meninggi.
         “Ayie! Shhh!” kali ini aku pula menutup mulutnya dan dia tidak dapat menepis aku. Hehehe... Rasakan.
         “Diam! Kalau kau cakap lagi aku hempuk kepala kau kat tiang nanti.” Ugutku sambil ketawa. Ayie sudah terkapai-kapai. Akhirnya aku melepaskan Ayie.
         “Ui... engkorang ni hendap siapa sebenarnya? Beritahulah aku.” Akhirnya, tahu juga Ayie merendahkan volume kotak suaranya.
         Aku dan Eyrah hanya tersenyum memandangnya. “Adalah tu.” Jawab kami dan ketawa. Ayie memuncungkan mulutnya. Ahh! Sudah. Nak merajuk konon.
         “Ingat comel ke kau buat muka macam tu?” Terkejut bukan kepalang lagi kami bertiga mendengar ada suara lain di belakang kami. Kami terdiam sebentar. Tak pernah dengar pun suara ni? Getus hati ku. Kami bertiga perlahan-lahan menoleh ke belakang. Aku segera mengatup mulut ku daripada ternganga. Tak pula aku lihat reaksi Eyrah dan Ayie kerana aku terlalu terkejut melihat kehadiran lelaki itu di hadapan ku.
         “Hello?” tegur lelaki itu sekali lagi. Kami bertiga tersedar.
         “Sejak bila kau mengintip kami ni?” getus Ayie. Lelaki itu hanya tersenyum.
         “Aku ke mari nak pulangkan pen ini. Kau punya bukan?” Pen merah berjenama Faber Castell itu ditujukan kepada ku. Terdapat sticker nama aku pada tubuh pen tersebut. Macam mana pula pen aku boleh ada padanya? Ada ke aku beri dia pinjam? Bila?
         “Aku nampak pen ni atas lantai perpustakaan. Aku ingat nak buang tadi. Tak jadi nak buang sebab ternampak nama kau kat pen ni. So...” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku terus mengambil pen itu daripada tangannya. Jariku terkena telapak tangannya. So warm... Hihihi. Muka aku ni dah blushing. Aku menundukkan wajahku. Tidak ada kuasa mahu menantap matanya yang redup itu.
         “Thanks.” Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Hesh... Malulah pulak! Aku dengar dia menarik nafas dan menghembus. “Okaylah. Aku gerak dulu. Masa rehat dah nak habis ni.” aku hanya mendengar derap tapak kakinya melangkah pergi. Apabila yakin dia sudah masuk ke dalam kelasnya, aku dan Eyrah saling berpandangan dan memandang Ayie. “Arghhhahahaha!!” kami berdua melompat-lompat sambil berpusing. Ayie jadi hairan.

                                                                                   Bersambung...

Wednesday, June 05, 2013

Episod 3 - Dikala Aku Suka Kamu

Assalamualaikum wbt & Hai to all viewers. Sorry lambat sikit update sambungan cerpen Dikala Aku Suka Kamu karya Cik Hasidah yang tak seberapa ni. Okay! Harap korang semua enjoy baca sambungannya. Xoxo!


KERJA sekolah dah siap. Ulang kaji pun dah. Makan malam pun sudah. Baru pukul 9.30 malam. Joey... Joey.. kenapalah bila aku tengok kau, aku rasa semacam lain je? Kenapa berdebar-debar? Aku suka kau ke Joey? Tak mungkinlah! Mungkin sebab dia murid baru. Online Facebook-lah!
         Tiba-tiba pulak hati aku tergerak nak tengok Facebook dia. So, aku pun searc-lah dalam friendlist Facebook Siti. Dapat jugak. Dan tiba-tiba  aku rasa happy sangat. Aku sendiri tak perasan sampai aku tersedar. Sebab tengok gambar seorang awek ni dalam profile dia. Girlfriend dia kot?
         Rasa cemburu pula. Aku segera mencapai telefon bimbit ku. jariku bermain-main di keypad telefon bimbit. Mataku memandang skrin komputer. Aku mengeluh ringan, shut down komputer dan membaringkan diri ku di atas katil. Kenapa aku cepat sangat tertarik dengan dia? Cinta pandang pertamakah ni? Argh! Persetan semua tu. Aku baru tengok dia hari ni kan? Tak mungkin dah jatuh hati. Kenal pun tak. Baru tengok sahaja. Okay, Aisya. Jangan nak melebih-lebih pula. Entah-entah budak tu banyak kes disiplin dekat sekolah lama dia dulu. Aku pantang ni kalau jumpa budak-budak yang banyak kes disiplin dan tak nak bertaubat. Not my taste! Entah Pengetua terima ke tidak dia tu. Jangan terperangkap dengan wajah handsome dia tu, Aisya...
                                     

BEBERAPA minggu kemudian...
         “Danny! Boleh tak tolong aku?”
         “Ada apa Sya?”
         “Nak ambil fail dekat meja Cikgu Laila. Kau tolong aku ambil eh?”
         “Okay, jom.”
Kebetulan pula masa tu kami lalu depan Pejabat Am sekolah. Eh? Kenapa macam kenal mak cik tu?
         “Apa yang kau tengok tu? Tadi nak cepat.” Danny menegurku.
         “Tak. Mak cik tu. Macam kenallah.”
         “Nenek kau eh? Haha.”
         “Hotak kau! Jalanlah.”
         “Kau buka pintu.”
Dan bila aku buka saja pintu tu.
“Argh! Mak kau!” Aku teriak kecil. Aku terus tutup mulut aku dari melatah lebih lagi. Jantung aku rasa macam berhenti. Telinga aku rasa panas sangat! Budak tu lagi? Dia boleh buat selamba berjalan terus. Aku ni kaku terkaku depan pintu ni? Cakaplah “sorry” sekurang-kurangnya. Perasaan aku dah bercampur baur dah sekarang ni. Marah, gembira, geram. 3 in 1!
“Siapa tu?” tanya Danny.
“Budak baru.”
“Ape sal kau senyum sampai macam tu sekali?”
“Kenapa? Tak boleh?”
“Kau suka dia?” tersentap aku dibuatnya.
“Diamlah!”
“Aiek? Marah pulak.”
Dan selepas itu, kami terus pergi ke meja Cikgu Laila. Tak ada pula cikgu ni. Fail-fail tu entah di mana dia letak. Jadi, kami pun balik semula ke kelas. Dalam bilik guru tu juga, di tempat yang sama seperti kami masuk tadi. Arghh! Nak teriak sekuat hati rasanya. Kali ni, dia nak masuk, kami nak keluar. Masa dia dah masuk tu, tiba-tiba Danny tolak aku dari belakang dan yang paling tak boleh tahan, Joey ada betul-betul depan aku. Alamak!
         Nasib baiklah kaki aku ni cepat bertindak. Break di tempat yang betul! Fuhh! Lega. Beberapa inci lagi, kalau aku tak break tadi memang dah terpeluk Joey. Yang paling aku tak boleh tahan malu bila aku lihat pintu pejabat guru masih terbuka dan mak dia ada kat luar tu! Muka aku memang blushing gila.
         “Danny!!!” Aku menjeling Danny dan memukul belakangnya.
         “Hahaha! Kau sukakan?”
         “Pfft!!!” kalau scene ni ditukarkan dalam bentuk doodle, memang kepala aku macam gunung berapi.
Dalam kelas, mulalah si Danny nak buat gosip. Ada juga jambu seorang ni makan kasut karang.
         “Siapa yang Dan cakap tu?” tanya Eyrah dengan muka ‘sangat ingin tahu’nya.
         “Budak tu.”
         “Budak mana?”
         “Budak tempoh hari tu.”
         “Joey?!” aku hanya mengangguk.
         “Ada jodoh korang ni.” Ujar Eyrah. Kemudian tersengih-sengih memandang aku.
         “Kenapa awak ni?” tanyaku, buat muka serius.
         “Tak ada apa-apa.Awak tahu, dia murid tingkatan 4.”
“Tahulah.”
Aku tak terkejut. Sebab junior aku, Shah dah beritahu tadi. Sempat dia bisik dekat telinga aku tu kawan dia dan sama kelas dengannya. Malas nak layan. Aku membuka buku. Tapi aku tak dapat membacanya. Fikiran ku melayang. Bayang mukanya berlegar-legar di ruang otak ku. What’s wrong with me actually?


“AISYA. Cepat sayang. Dah pukul berapa ni? Is dah tunggu tu.” Entah macam mana aku boleh bangun lambat hari ini. Semalam bukan main semangat lagi nak keluar lepak dengan Is. Bisinglah budak tu nanti. “I’m coming, Ma! Lima minit.” Jawab ku sambil mengemas barang-barang ku.
         “Dah siap! Apa tunggu lagi? Jom gerak.”
         “Lambat.” Hanya satu perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Aku menjelingnya. Tahulah aku lambat. Ingat aku sengaja ke? Malas betul nak layan samdol seorang ni.
         “Sudah. Sudah. Aisya ni kan, kalau tak cari gaduh dulu boleh tak? Kesian Is ni tunggu Aisya lama tau?” aku menarik muka. Mama dah mula nak bela Is lah tu. Aku mengerling Is. Dia tersenyum menang.
         “Okay. Whatever. Kita pergi dulu.” Malas mahu panjangkan syarahan mama. Aku segera mencium tangan mama dan menarik Is dari laman rumah ku.
         “Hati-hati drive tu Is. Take care of my daughter.” Sempat lagi mama meninggalkan pesanan kepada Is. “Yalah aunty. Kami pergi dulu.”
         Is a.k.a Iskandar Ukail ialah sepupu yang paling rapat dengan aku. Erk? Rapat ke? Boleh dikatakan rapat juga. Walaupun kami selalu bertikam lidah. Dia lepasan SPM. Jadi, maknanya umurnya sekarang ialah 18 tahun. Tua setahun saja dari aku. Is sedang menunggu tawaran masuk ke universiti. Dia tak mahu masuk tingkatan enam. Katanya lama sangat nak tunggu masuk ke universiti. Aku sokong tu. Lagipun, keputusan peperiksaannya sangat membanggakan. Jadi, memandangkan sekarang ni, aku tengah cuti sekolah kami ambil kesempatan ni hangout sama-sama. Bukan senang nak hangout dengan aku sekarang ni. Lebih-lebih lagi masa persekolahan. Al-maklumlah, nak duduk SPM.
         “Jauh termenung. Ingatkan siapa tu?” teguran Is mematikan lamunan ku.
         “Hm? Tak ada siapa-siapalah.”
         “Yeke? Ke ingatkan boyfriend?”        
         “Mengadalah! Ingat orang termenung ni nak ingatkan boyfriend saja ke?”
         “Yalah. Dah tu? Ingatkan siapa lagi kalau tak boyfriend.”
         “Lantak Sya-lah nak ingatkan siapa. Kalau Aisya ingatkan boyfriend kenapa? Is cemburu?” kataku tersenyum sinis kepadanya.
         “Kalau Is kata Is cemburu Aisya nak buat apa?” sesekali dia menjeling aku.

         “Tak ada maknanya!” Jawab ku memeluk tubuh. Is hanya tersengih dan terus fokus memandu.
 RAMAI pula pengunjung di pusat renang hari ini. Apalah mimpi si Is ni bawa aku ke mari. Berapa kali sudah aku membantah tak ke sini. Masih juga berdegil nak bawa aku ke sini. Apa motif dia sebenarnya? Nak tengok aku mati lemas ke? Aku tak tahu berenang okay!
         “Hari ni, Is nak ajar Aisya berenang.” Aku megerutkan dahi ku. Berenang? Bergurau ke?
         “Ajar Aisya berenang dekat tempat yang crowded macam ni?” soalku.
         “Nak mati awal ke?” Dia tersengih memandangku. Tak fahamlah aku dengan dia ni.
         “Nak ke Sya mati dekat sini?”
         “Jom ikut Is.” Ke mana pula dia nak bawa aku ni? Sekali tak buat kejutan tak boleh ke?
         “Kat sini?” tanya ku. Wah! Sini memang tempat privacy. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
         “Yes. Penat tau Is booked tempat ni semata-mata nak ajar Sya berenang.” Eh? Biar betul.
         “Apa mimpi Is nak ajar Sya berenang ni?”
         “Untuk keselamatan Sya.”
         “Macamlah Sya ni nak jadi askar.”
         “Manalah tahukan? Sya takut?” mata ku membulat memandangnya. Hello brader? Ni Aisya OK. Pantang dicabar.
         “No way!”
         “Good then. Chop chop! Let’s start now.” Aku hanya mencebik. Menyampah dengan gayanya. Macam poyo saja.

                                                 Bersambung...

Monday, May 27, 2013

Episod 2 - Dikala Aku Suka Kamu

Assalamualaikum wbt dan hai kepada semua viewers belog aku yang tak seberapa ni. Tempoh hari aku ada update entry sal cerpen tu kan? OKAY! Hari ni korang dah boleh baca sambungannya. Episod kedua cerpen Dikala Aku Suka Kamu~ ENJOYYY yaww. Xoxo!!! xD




Tamat kelas Bahasa Malaysia. Sekarang kelas Biologi. Haa. One of my favourite class too. Ada dua sebab. Pertama, aku suka belajar benda yang baru. Kedua, sebab ini kelas gabungan dengan kelas Eyrah dan Ayie.
         “Awak ada tengok tak student baru lalu kat foyer tadi?” tanya ku kepada Eyrah sejurus selepas duduk di meja kami.
         “Ada. Ada.” Kami saling berpandangan. Tersenyum-senyum.
         “Hehehehe. Are you thinking what I’m thinking?”soal ku.
         “Hehehehe. I am thinking what you’re thinking!” kemudian kami ketawa bersama.
         “Eyrah. Eyrah. Kacakkan dia?”
         “A’ha! Good looking boy. Aww!.” Sekali lagi kami ketawa. Nasiblah kelas belum bermula kerana Miss Chan masih membetulkan komputernya.
         “Shhhh! Janganlah bising sangat. Awak tahu tak dia tu siapa?” kata Eyrah sambil menutup separuh mulutku.
         “Kenapa?” aku kehairanan. Eyrah merapatkan mulutnya ke telinga ku. aku sedia mendengar.
         “Tahu tak, dia tu lah Joey. Sepupu Siti dan Syafika.” Bisik Eyrah. Terbeliak biji mata aku dan aku segera menutup mulutku.
         “Biar betik?”
         “Betik!”
         “Awak tahu siapa nama sebenar dia?”
         “Tak tahu.”
         “Awak tanyalah dengan Siti.”
         “Tak naklah!”
         “Kenapa pula?”
         “Malulah! Awaklah tanya mereka.”
         “Ishhh. Malu!”
         “Hmmm.” Kami berdua menggaru dagu masing-masing dan memandang ke arah Siti dan Syafika yang duduk di sebalah meja kami. Kemudian kami saling berpandangan lagi.
         “Kenapa dengan korang ni nyah?” Ayie menyampuk.
         “Tak ada apa-apa.” Jawab kami serentak.
         “Iyelah tu.” Ayie berlalu dari meja kami.

         Selepas tamat kelas Biology bermakna tamatlah juga sesi persekolahan kami hari ini. Jantung aku ni berdebar-debar sangat bila asyik fikirkan budak tu tadi. Aku nak tahu nama sebenar dia. Tapi...malu pula nak tanya dengan Siti atau Syafika. Nanti apalah yang mereka fikirkan.
         “Aisya? Awak betul-betul nak tahu ke full name Joey tu?” tanya Eyrah berbisik kepada ku.
         “Hmm...” Aku hanya anggukkan kepala dan mengetap bibirku.
         “Okay, jom kita tanya!”
         “Hah! Nak tanya dekat siapa?” aku terlopong separuh gembira.
         “Dengan Sitilah.” Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengangguk tanda setuju. Eyrah segera memanggil Siti sebelum dia memasuki laluan menuju ke asrama.
         “Haa.. Ada apa panggil aku ni?”
         “Tak ada. Eyrah nak tanya sesuatu dgn kau.” Jawab ku selamba. Eyrah menyiku pinggang ku.
         “Ish! Errr... Tak. Macam ni Siti. Err. Siapa nama sebenar Joey eh?”
         “Laaa! Tu je? Namanya Iqbal Rayyan. Kalau korang nak add dia kat Facebook, gi je dalam friendlist aku. Cari nama Iqbal Rayyan.”
         “Thanks Siti!” ujar kami berdua.
         “Ehem.. Ade apa-apa ke?” tanyanya lagi.
         “Hah? Ada! Ehh... Tak ada lah. Tak ada apa-apa. Saja je tanya.” Jawab ku. boleh pulak gagap aku ni.
         “Haha. Yalah. Aku gerak dulu.” Siti pun berlalu dari situ. Wah! Alangkah gembiranya hati ku ini. dapat tahu nama sebenar dia sekaligus dapat tahu nama Facebook dia. bertuah aku hari ini. hati aku penuh bunga-bunga.
         “Whee! Dah dapat.” Aku melompat-lompat di situ.
         “Woi. Malu siket?”
Alamak. Over excited pulak.
         “Hihi... Jom balik!”



Bersambung...

Sunday, May 26, 2013

The Rank In The Malaysia Police Organization

Ada cita-cita nak jadi polis? Hari ni aku share pangkat-pangkat yang ada dalam Angkatan Polis DiRaja Malaysia,dari pangkat Ketua Polis Negara sampailah pangkat yang paling rendah. Kebetulan aku ni salah seorang anak buah PDRM. So,apa salahnya kongsi sikitkan? Sharing is caring~ Xoxo!


1. Inspector-General of Police — wears the sultan's-crown insignia over four five-pointed stars (in a diamond shape) over a wreath containing a crossed baton and kris.

2. Deputy Inspector-General of Police — wears the sultan's-crown insignia over four five-pointed stars (in a diamond shape) over crossed baton and kris.

3. Commissioner of Police — wears the sultan's-crown insignia over three five-pointed stars (in an upside-down V shape) over crossed baton and kris.

4. Deputy Commissioner of Police — wears the sultan's-crown insignia over two five-pointed stars over crossed baton and kris.

5. Senior Assistant Commissioner of Police I — wears the sultan's-crown insignia over a five-pointed star over crossed baton and kris.

6. Senior Assistant Commissioner of Police II — as above

7. Assistant Commissioner of Police — wears the sultan's-crown insignia over two seven-pointed stars.

8. Superintendent of Police — wears the sultan's-crown insignia over a seven-pointed star

9. Deputy Superintendent of Police — wears the sultan's-crown insignia

10. Assistant Superintendent of Police — wears three seven-pointed stars (as a chief inspector)

11. Chief Inspector — wears three seven-pointed stars

12. Inspector — wears two seven-pointed stars

13. Probationary Inspector — wears one seven-pointed star

14. Sub-Inspector — wears one five-pointed star over a broad band

15. Sergeant Major — wears the sultan's-crown insignia (on lower uniform sleeve of white uniform)

16. Sergeant — wears three chevrons point down

17. Corporal — wears two chevrons point down

18. Lance Corporal — wears a single chevron point down

19. Constable — without special rank insignia


Saturday, May 25, 2013

The Short Story of "Dikala Aku Suka Kamu" [Part I]

Assalamualaikum and hi to all my viewers. Selamat bercuti kepada semua students. Cuti, cuti jugak, kerja sekolah jangan lupa buat. Dan tak lupa jugak rakan-rakan yang menyambut hari Gawai. Aku ucapkan, Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai. Hehe... Pesanan dari aku, jangan ngirup melampau sangat nanti tak pasal-pasal jalan terbabas masuk longkang. :D
Okay! Tak nak cakap panjang sangat dalam entri aku kali ini. Aku nak share 1 karya aku dalam entri ni. Sebuah cerpen yang dikarang oleh aku sendiri. Aku tak update sekali gus cerpen ni. I hope you guys suka dgn cerpen ni... Kalau ada apa-apa nak komen @ pendapat, boleh cari aku kat Facebook  or Twitter (@edithsidah.

NOTE!: CERITA INI TAK ADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH TIADA DI DUNIA. REKAAN SEMATA-MATA.

                       


          Kita  tak akan tahu apa yg akan jadi dengan nasib diri kita dan masa depan kita. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Memang aku akui semua itu. Dan... aku takkan pernah menyesal dengan apa yang aku capai sekarang. hmm. Apa yang aku caka...
         “Hoi!”
         “Oh kau masuk parit tenggelam karam waliya kamchagia...”
         “Haha!! Melatah pula dia. Jauh termenung?” Hish... ingatkan hantu mana pula yang kejutkan aku. Rupa-rupanya si Eyrah.
         “Waalaikumsalam! Ee... Tak tahu beri salam dah? Nasib kita tak ada lemah jantung.”
         “Sorry.. kita nampak awak termenung je dari tadi. Tengah fikir apa?”
         “Tak ada apa-apalah. Mengantuk. Merepek sendiri dalam otak.”
         “Yeke? Ke teringatkan seseorang?”
Hmm... tengok. Tengok! Mula dah Eyrah atau nama sebenarnya, Rabiatul Shahirah Binti Asri ni nak usik aku. Dia kawan baik aku sejak dari kecil lagi. Kalau gaduh, kita orang cepat je berbaik semula. Dah namanya pun bestfriend forever kan? Opss. Sibuk pula nak kenalkan BFF aku. Aku macam mana? Mesti korang tertanya-tanyakan? Hihihi... OK!
Nama aku, Nurul. Nama penuh, Nurul Aisya Binti Murshid. Berumur 17 tahun dan ya... aku masih bersekolah. Nampaknya tahun nilah last aku sekolah. Tak sabar pula rasanya nak melangkah ke alam seterusnya. Papa aku seorang peguam dan mama aku pula suri rumah sepenuh masa. Adik-beradik? Tak payah nak panjang lebarkan cerita. Aku ni anak tunggal, anak manja, anak kesayangan mama dan papa aku.
“Laa.. termenung lagi anak seorang ni!” Haa. Yang ni pulak Ayie. Nama sebenar,Yazid Adam. Cantik namanya. Orangnya? Err. Sotong sikit. Mulut kalau dah bercakap memang kalahlah kita yang kaum Hawa ni. Apa-apapun, aku sayang sangat dengan mereka berdua sebab mereka selalu ada masa aku senang dan susah! Alhamdulillah...
“Kita cakap panjang lebar pun tak gunalah. Bukannya dia nak dengar. Buang air liur je.” Eyrah memerli aku. Aku buat bodoh sajalah. Aku mengerling jam tangan di pergelangan tangan kanan ku.
“Eh! Masa rehat dah nak habis. Aku nak masuk kelas dululah.” Dan satu lagi aku nak beritahu korang. Walaupun kami tak sama kelas(tapi dalam aliran yang sama) kitaorg tetap BFF kan? Hihi...
Aku pun balik kelas lepas lepak dengan mereka. Mata pelajaran lepas rehat ni Bahasa Malaysia. Salah satu mata pelajaran yang aku suka. Tak pernah dapat gred teruk dari zaman sekolah rendah dulu. Cewah! Hari ini kami belajar dekat foyer sebab kelas kami tu di sebelah tandas. Jadi, faham-faham sajalah bau apa yang kami hidu lebih-lebih lagi waktu lepas rehat. Memey pekatlah baunye!
Masa tengah syok-syok belajar, tak tahulah kenapa aku ikut gerak hati aku suruh pi tengok tangga tak jauh dari foyer tempat kami belajar tu. Ada orang menuruni tangga. Mula-mula aku tak nampak sangat.
“Tu bukan kak Fidha ke?” tanya ku kepada rakan sekelas ku.
“A’ha. Dialah tu.”
         Hmm! Pasti pelajar baru. Fulamak!!! Kacaknya dia. Tinggi pulak tu! Mesti budak dari sekolah agamakan? Hehe. Kenapa aku kata dia dari sekolah agama tu? Sebab, budak-budak lelaki dari sekolah agama hampir semuanya kacak-kacak belaka.
         “Eee! Kacaknya dia.” bisik ku perlahan dalam nada suara yang rendah.
         “Mulalah tu.” Ujar Sunny.
         “Hehe. Harap-harap dia student tingkatan 5. Theheee!”
         “Jangan berharap sangat Aisya. Nanti tengok-tengok budak form three baru tahu.” Kata Sunny lagi.
         “Ahh! Tak. Besar tu budak form three. Tak mungkin.”
         Aduh! Jantung aku. Kenapalah tiba-tiba berdegup-degup bila tengok dia? Ishh. Sudahlah Aisya! Jangan nak berangan pulak.
                                                                      
Bersambung...


Friday, March 22, 2013

Mama...


Assalamualaikum. Hi! Long time no see you dear blog. OKAY! Today gonna update a poem. Just a simple poem for Mama. Hope you all enjoy it! Muah!! Xoxo



Mama you know I love you
I know you love me too
Mama I’m sorry I hurt you
But you’re always so forgiving, so caring
Even how the situation arises
You never let it effect your mind
Mama... you’re so patient
Patient with every challenge surrounding you
Even if your heart gets broken many times
You always seem to compromise
I can’t believe
I have you in my life
You’re so special, so devine
For someone like you who brought me here
To this earth
It took you nine hard months of your time and pain
And many more years of your patience and sacrifice
Your strength is your will
Your soul is your pride
Your beauty is your grace
I’m thankful and grateful
I have you as my mama

Saturday, February 09, 2013

FIREWORK


Assalamualaikum!!! Wahh. Terasa lamak sik update blog...
Happy CNY to all my Chinese friends, sik kiralah yg kat sekolah ya, or kat sekolah2 lain. J enjoy your CNY.
Our 1st exam is just around the corner. Huhh! Nervous asa. Aku mulalah terbayangkan result aku kelak. Aku simok result aku seterok tahun lepas. Nang kecewa abisss! Harap2 aku pat polah yg lebih baik dr tahun lepas. SPM~ tolak tambah darab bahagi cuti, paling2  tinggal 6 bulan camya. GRRRRR~~~
Seram juak asa.. huhu. But, bila aku ngga senior2 batch 2011 dolok ng boleh menaitkan semngat aku study. Nangga cdak study jaoh2. Rah Universiti nok bagus2 gik yaa. Sapa simok kann :3
Tapi kan...(byk tapi aku tok) setiap kali/tahun bila aku mok ambik exam besar tok, ada2 jak dugaan dari-Nya. Minggu tok tek, charger laptop aku meletup kenak sambar petir. Yalah polah ku bingong. Kerja kursus akaun belom siap. Lekak CNY tok hantar. Well, salah aku juaklah. Degil. Dah tauk ari petir rah luar gik juak terus polah kerja yaa. L Ya pengajaran buat aku. Nangis aku sehari2 ya sampe bengkak mata. Percumak dpadah org putus cinta. Dehh! -.-
Tahun exam besar camtok juaklah banyak aktiviti. Sik dekat sekolah dengan family. Busy lalu asa... Aku sedar SPM tok bukan pat diembak main2 gik siknya kedak UPSR & PMR dlok patlah aku main2. Perasaan aku, Allah jak taukla. Makin besar tok, makin banyak TANGGUNGJAWABNYA. Sik tauk ku kawan2 lain ku camne asa cdak.
Bah~ sampe ctok jak. ^^Y
                                                                           #Kita MajuBersama#