... HAMPIR setengah
hari berada di dalam pusat renang membuatkan badan aku menjadi letih. Apatah
lagi belajar berenang denagn sepupu aku itu. Perut aku mula berbunyi. Lapar
pula rasanya. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Jam sudah menunjukkan pukul
12.45 tengah hari. Aku memandang Is yang sedang berenang di dalam swimming
pool. Tak bosan ke dia ni berenang dari tadi?
Is yang perasan
aku memandangnya, melambai-lambaikan tangannya ke arah aku. Aku menarik muka.
Tidak lama kemudian, Is keluar dari kolam renang sambil menghampiriku.
“Kenapa?” Dahinya berkerut memandang muka ku yang masam mencuka dan mulutku
yang muncung sedepa dibuat-buat. Aku memandangnya. Dia mengangkat keningnya
kemudian mengambil tuala di sebelah ku untuk mengelap badannya.
“L.A.P.A.R.” aku
mengeja satu persatu. Dia segera melihat jam tangannya. Sejurus itu dia menepuk
dahinya.
“Oh! So sorry.
Is tak perasan dah masa makan tengah hari.”
“Mana nak
perasan berenang tu, mengalahkan atlet berlatih nak ke Olimpik.” Muka ku masih
masam semasam cuka. Dia tersengih.
“Maaflah. Tak
sengaja. Dah. Pergi tukar baju. Lepas ni, Is bawa Aisya makan. Aisya nak makan
dekat mana? Is belanja.” Haa! Itu yang aku nak dengar tu. Pergi makan. Yang
bestnya bila dengar Is nak belanja. Selamat duit aku hari ni. Hehehe...
USAI solat
isyak, aku terus merebahkan tubuh ku diatas katil. Sakit satu badan aku hari
ni. Mana tak nya, lepas makan tengah hari Iskandar mengajak aku menonton wayang
dan bermain bowling. Macam tidak ada hari lain mahu berseronok. Ikutkan hati,
mahu saja aku tidur di dalam kereta. Mengenangkan Iskandar mahu ke luar negara
minggu depan, aku turutkan sahaja kehendaknya hari ini. Just for today! Tapi
seronok jugak.
Beberapa ketika
selepas aku menutup mata yang berat bagai ada batu pada bulu mataku, tiba-tiba
telefon bimbitku berbunyi minta diangkat. Ahh! Lupa pula nak letak silent mode.
Siapalah yang call malam-malam ni? Dengan rasa malas aku mengagahkan diri
menuju ke meja solek ku untuk mengangkat panggilan tersebut.
“Moshi-moshi.”
kata ku. Aku sudah terbiasa menggunakan perkataan itu ketika menjawab
panggilan. Jadi, rakan-rakan dan saudara-mara aku tidak hairan jika aku
menjawab panggilan mereka begitu. Aku memang suka Bahasa Jepun.
“Tak tidur
lagi?” suara itu sayup-sayup kedengaran di hujung talian.
“Baru je tutup
mata tadi. Dah nak berlayar dah. Lepas tu awak pulak call. Macam tak ada hari
esok.”
“Yeke? Maaf
mengganggu.”
“Hmm.. Awak nak
apa?”
“Tak ada
apa-apa. Rindu awak.”
Hish. Mengada-ngada betul samdol seorang ni. Rindu... Rindu...
Ape ke jadahnya kau rindu aku tengah-tengah malam ni.
“So?”
“Saya nak jumpa
awak.” Pulak dah! Tengah-tengah malam ni? Gila.
“Awak mengigau
eh? Ni dah pukul 11.30 malam tahu tak? Sudahlah. Baik awak masuk tidur. Jangan
nak mengada-ngada. Assalamualaikum.” Aku terus menekan butang merah. Mematikan
talian.
Apa pula kali
ini? Setelah sekian lama dia tidak menghubungi aku, sekarang baru nak contact?
Hampeh! Masa kau sakitkan hati aku dulu, kau dah ada kekasih baru, kau lesap
macam tu saja. Ingat aku ni apa? Lampin bayi? Lantak engkaulah Shafique.
Menyakitkan hati saja fikirkan lelaki macam kau.
“WELCOME back to
school!” Eyrah menepuk belakang ku. Terkejut aku dibuatnya. Ingat siapalah
tadi. Aku hanya tersenyum padanya. Seminggu berlalu, cuti sekolah dah tamat.
Iskandar sudah terbang ke England semalam. Katanya ada urusan keluarga yang
perlu diselesaikan di sana. Aku tahu. Mesti fasal bisnes family-nya di sana.
Baliknya entah bila. Hmm... Bosanlah aku lepas ni. Tidak ada orang nak tolong
buat latihan Add Math.
“Awak! Awak
nampak tak Joey?” tiba-tiba Eyrah menyoal aku tentang lelaki itu. Ya... Lama
sudah tidak bertemu muka dengannya. Apa khabar agaknya dia?
“Tak ada.
Kenapa?”
“Kita dengar dia
masuk sekolah hari ni.” Entah kenapa hati ku melonjak gembira mendengar
kata-kata Eyrah. Tapi, aku kawal emosi aku. Hey? Budak kecil tu. Huhuhu...
“Really?
Baguslah tu. Tak adalah dia jadi penganggur terhormat di kampungnya.” Ujarku.
SEBULAN berlalu.
Dalam tempoh masa sebulan itulah aku asyik memerhatikan budak baru tu. Aku pun
tak tahu apa sebabnya aku jadi tertarik pada dirinya. Sekarang, yang aku tahu,
aku suka padanya. I had a crush on him! Hendak beritahu kepada Ayie dan Eyrah
nanti bising pula mereka. Apa harus aku lakukan? Adakah aku perlu memendam
perasaan dari semua orang? Dengar cerita, Faizah juga sukakan dia. Aku jadi
keliru sendiri.
Suatu hari,
ketika dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah bersama Eyrah tiba-tiba satu
ayat keluar dari bibirku. “Awak, I think I had a crush on him!” Itu sahaja yang
dapat aku katakan padanya. Dahinya berkerut memandangku. Seakan banyak tanda
soal di atas kepalanya.
“Him? Who?”
Soalan yang cukup ringkas tetapi membuatkan jantungku berdegup pantas. Aku
menelan air liur. “Hmm... Himm... Joey..” jawabku dengan suara yang
tersekat-sekat.
“Hah? Biar betul
awak ni? Awak suka dia?” Reaksi yang aku dah jangkakan. Mesti dia terkejut
punya. Aku hanya tersengih.
“Sejak bila eh?”
tanyanya lagi.
“Err.. Sejak
first time tengok dia kot.”
“Wah! Tak
sangkalah kita. Selama ni awak menaruh hati pada dia. Pendam sorang-sorang.
Dahsyat! Selalunya awak tak macam ni.” Komennya. Aku hanya tersenyum panjang.
Fuh! Lega rasanya. Akhirnya aku luahkan kepada sahabat baik ku sendiri.
“Awak jangan
beritahu siapa-siapa tau? Saya beritahu dengan awak sorang je ni.” Kata ku
sambil menunjukkan jari kelingking kanan sebagai mengikat satu perjanjian. “Of
course...” Eyrah menyambut jari kelingking kanan ku dengan jari kelingking
kanannya juga.
“ENGKORANG dok
hendap siapa ni? Leher nu... dah macam ular nak patuk orang.” Teguran Ayie
mengejutkan aku dan Eyrah.
“Shhh! Diamlah.”
Eyrah menutup mulut Ayie dengan tangannya. Namun Ayie cepat saja menepis tangan
Eyrah.
“Ohhh... Korang
hendap budak-budak lelaki tu eh?” suara Ayie meninggi.
“Ayie! Shhh!”
kali ini aku pula menutup mulutnya dan dia tidak dapat menepis aku. Hehehe...
Rasakan.
“Diam! Kalau kau
cakap lagi aku hempuk kepala kau kat tiang nanti.” Ugutku sambil ketawa. Ayie
sudah terkapai-kapai. Akhirnya aku melepaskan Ayie.
“Ui... engkorang
ni hendap siapa sebenarnya? Beritahulah aku.” Akhirnya, tahu juga Ayie
merendahkan volume kotak suaranya.
Aku dan Eyrah
hanya tersenyum memandangnya. “Adalah tu.” Jawab kami dan ketawa. Ayie
memuncungkan mulutnya. Ahh! Sudah. Nak merajuk konon.
“Ingat comel ke
kau buat muka macam tu?” Terkejut bukan kepalang lagi kami bertiga mendengar
ada suara lain di belakang kami. Kami terdiam sebentar. Tak pernah dengar pun
suara ni? Getus hati ku. Kami bertiga perlahan-lahan menoleh ke belakang. Aku
segera mengatup mulut ku daripada ternganga. Tak pula aku lihat reaksi Eyrah
dan Ayie kerana aku terlalu terkejut melihat kehadiran lelaki itu di hadapan
ku.
“Hello?” tegur
lelaki itu sekali lagi. Kami bertiga tersedar.
“Sejak bila kau
mengintip kami ni?” getus Ayie. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Aku ke mari nak
pulangkan pen ini. Kau punya bukan?” Pen merah berjenama Faber Castell itu
ditujukan kepada ku. Terdapat sticker nama aku pada tubuh pen tersebut. Macam
mana pula pen aku boleh ada padanya? Ada ke aku beri dia pinjam? Bila?
“Aku nampak pen
ni atas lantai perpustakaan. Aku ingat nak buang tadi. Tak jadi nak buang sebab
ternampak nama kau kat pen ni. So...” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya,
aku terus mengambil pen itu daripada tangannya. Jariku terkena telapak
tangannya. So warm... Hihihi. Muka aku ni dah blushing. Aku menundukkan
wajahku. Tidak ada kuasa mahu menantap matanya yang redup itu.
“Thanks.” Hanya
itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Hesh... Malulah pulak! Aku dengar
dia menarik nafas dan menghembus. “Okaylah. Aku gerak dulu. Masa rehat dah nak
habis ni.” aku hanya mendengar derap tapak kakinya melangkah pergi. Apabila
yakin dia sudah masuk ke dalam kelasnya, aku dan Eyrah saling berpandangan dan
memandang Ayie. “Arghhhahahaha!!” kami berdua melompat-lompat sambil berpusing.
Ayie jadi hairan.
Bersambung...