Assalamualaikum wbt & Hai to all viewers! This is my last entry for cerpen Dikala Aku Suka Kamu @ apa-apa entry yang lain. InsyaAllah, kalau Allah panjangkan umur, aku akan sambung update entry hujung bulan November nanti. Iaitu selepas tamat SPM. I have to sacrifice for my biggest exam ever. Tambah tolak darab
bahagi cuti itu dan ini, pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang 5 bulan
menjelang peperiksaan SPM. Aku taknak bazirkan masa banyak sangat. Sebab banyak
perkara lagi yang perlu aku settle-kan. Sukan tahunan
sekolah akan diadakan pada 4hb&5hb Julai 2013 nanti. Aku & the gang pulak kena buat persembahan hari tu. So, nak kena training lagi, study lagi. Penatkan? Aku pun manusia biasa. Perlukan rehat. Bulan Ramadhan pula
akan menyusul selepas tu. Beberapa minggu lepas tu, TRIAL SPM 1 pulak. I’ll do
my best! Aku target 5A dalam trial 1&2 SPM. Doakan aku. InsyaAllah, aku
takkan kecewakan family, guru-guru dan rakan-rakan aku semua
. “WAH, cantiknya
anak dara abah sorang ni.” pujian abah membuatkan aku menoleh ke arah pintu
bilik tidurku. Mama juga ada di sisi abah. Aku tersenyum manis. “Anak abah
memang ada seorang saja.”
“Dah siap ke?
Mama dan abah nak hantar Aisya ni.” kata mama. Aku segera mencapai wedges yang
diletakkan di tepi katil.
Malam ini
merupakan malam sambutan Hari Guru disekolah ku. Di hadapan dewan sekolah, aku
lihat Eyrah dan Ayie sedang menunggu ku. Tidak jauh dari tempat mereka berdiri,
satu kumpulan murid lelaki bersembang. Aku tidak pasti siapa mereka kerana
pandangan ku pada waktu malam agak kabur.
“Cantiknya awak!
Ingatkan artis mana yang datang.” puji Ayie. Begitu juga dengan Eyrah. Aku
menunduk hormat ala-ala Cindarella. Kembang setaman aku dipuji begitu. Bukan
sahaja mereka berdua. Malah budak-budak lelaki yang berdiri di situ juga
memujiku.
“Sya! Dia tengok
awaklah.” Bisik Eyrah.
“Siapa?”
“Joey.”
“Tipulah!”
“Ish. Awak ni.
Saya cakap betullah. Dia tenung awak. Tak berkedip mata dia tengok awak tau!
Cuba awak pandang sana tu. Cepat.. cepat...” Eyrah memusingkan kepalaku ke arah
yang ditunjukkannya tadi.
Mata ku menangkap seorang lelaki
yang memakai baju Melayu hijau dihujung dewan. Seketika itu, mata kami bertaut.
Degup jantung ku sekali lagi rasa terhenti. Alamak! Betullah dia tengah pandang
aku. Namun, beberapa saat kemudian, dia melarikan matanya dari aku. Aku menoleh
Eyrah kembali. “Saya tak tipu awakkan?” soal Eyrah. Aku hanya mengangguk dan
tersengih.
“Dia suka awak tak?” aku
mengangkat kening ku mendengar soalan dari Eyrah.
“Tak mungkinlah.”
“Mana awak tahu?”
“Dalam Facebook saya tengok dia
bergambar dengan sorang awek. Sudahlah langsing. Cun pulak tu! Girlfriend
dialah tu.”
“Mana awak tahu tu girlfriend
dia? Awak pernah tanya dia? Saya dengar kakak sulung dia, pramugari. Tak
mustahil itu kakak long dia bukan?” Aku tidak tahu mahu menjawab apa lagi
setelah mendengar hujah Rabiatul Shahirah yang satu ini.
“Apa engkorang ni bersembang je
dari tadi. Makannya tak.” Ayie mengejutkan kami dari belakang.
“Sedap ke?” tanya Eyrah. Eyrah
sentiasa prihatin dengan apa yang sesuatu majilis itu hidangkan. Prihatin
dengan rasa, sedap ke tidak.
“Sedaplah! Saya dua kali tambah
ni.” kata Ayie dengan yakin.
“Jom, makan!” Eyrah menarik
tangan ku menuju ke tempat buffet.
Entah apa yang aku pijak semasa hendak mengambil minuman.
Keseimbangan badan ku hilang. Aku terasa tubuhku melayang. Namun ada sesuatu
menahan tubuhku daripada terhumban ke lantai dewan. Kalau tidak ada yang
menahan, memang dah patah leher aku ni. Tapi, siapa yang menyambut aku ni?
Macam kenal saja bau perfume ni. Perlahan-lahan aku mencelikkan mata ku.
“Joey?” automatik nama itu terbit di hati ku. Namun ianya hanya tersangkut di
dalam kerongkong ku. Tidak dapat diluahkan. Nafasku jadi tersekat di dada.
Mata kami
tertaut lagi. Kami bagaikan terpaku seketika. Bagai ada suatu cahaya indah yang
menyinari adegan kami pada masa itu. Ku lihat dia hanya senyum memandangku.
Rasanya seperti di kayangan. Burung-burung merpati berterbangan. Kelopak bunga
mawar merah dan putih diterbangkan angin. Indahnya kami rasakan. “Ehemmm!”
Kami tersedar.
Kacau line betullah! Aku segera berdiri tegak di sebelahnya tanpa memandang
mukanya sekilas pun. Aku perasan dia memandangku dan senyum pada ku dan
menggaru-garu kepalanya. Gatal kot? Tetapi aku buat-buat sibuk membetulkan
kelip rambut dan pakaian ku.
“Awak okay tak
Sya?” soal Ayie menyentuh-nyentuh kepala ku. Nampaknya dia begitu risau akan
keadaan ku. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala ku.
“Apa kau dah
buat dengan Aisya ha?” kali ini Ayie menyoal Joey dengan nada yang agak marah
dan geram. Dia seperti hendak menyerang Joey. Nasib baiklah aku segera
menahannya. Tak boleh dibiarkan mereka bergaduh di sini. Ada pula yang masuk
hospital lepas ni. Walaupun Ayie ni lembut orangnya, jangan main-main
dengannya. Black belt taekwondo tu!
Joey segera lari
ke belakang ku. “Aku tak buat apa-apalah!” dia membela dirinya. Tersirap darah
ku tatkala dia menyentuh bahu ku. Namun aku segera menggerakkan bahuku tanda
aku tidak selesa dengan perbuatannya itu.
“Ayie, sudahlah.
Dia tak buat apa-apa. Saya yang tersalah langkah tadi.” Akhirnya Ayie berhenti
untuk mendapatkan Joey.
Aku menoleh ke
belakang. Joey masih tersengih-sengih. Ah! Sudah. Sawan ke? Seperti mengerti
pandangan ku, dia beralih ke sebelah ku. “Nasib baik Aisya bela kau. Kalau tak,
memang aku lenyek-lenyek kau sampai jadi belacan.” Sambung Ayie lagi sambil
menggenggam penumbuknya. Aku hanya mampu menggelengkan kepala ku.
“Sudah! Jom
pergi sambung makan.” Aku menyudahi adegan tersebut.
“Awak, saya nak duduk dengan awak
boleh?” aku hampir tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku berfikir
beberapa saat. “Boleh tak? Kalau tak boleh, tak apalah.” Aih? Macam merajuk
pula lenggok ayatnya. “Hmm. Jomlah.” Kami bergerak menuju ke tempat duduk kami
bertiga.
Kejadian malam itu sungguh
membuatkan hatiku berbunga mekar kembali. Sepanjang malam itu, kami berbual,
berkongsi cerita malah ketawa bersama-sama. Bahagianya ku rasakan. Setelah sekian
lamanya aku tidak berasa bahagia seperti itu ketika bersama seorang jejaka
kecuali bersama abah. Adakah dia berasa perasaan yang sama seperti aku? Aku
tidak mahu berharap. Tetapi, alangkah indahnya duniaku andai dia juga mempunyai
perasaan yang sama dengan ku.
Bersambung...