Assalamualaikum wbt dan hai kepada semua viewers belog aku
yang tak seberapa ni. Tempoh hari aku ada update entry sal cerpen tu kan? OKAY!
Hari ni korang dah boleh baca sambungannya. Episod kedua cerpen Dikala Aku Suka
Kamu~ ENJOYYY yaww. Xoxo!!! xD
Tamat kelas Bahasa Malaysia. Sekarang kelas Biologi. Haa. One
of my favourite class too. Ada dua sebab. Pertama, aku suka belajar benda yang
baru. Kedua, sebab ini kelas gabungan dengan kelas Eyrah dan Ayie.
“Awak ada tengok
tak student baru lalu kat foyer tadi?” tanya ku kepada Eyrah sejurus selepas
duduk di meja kami.
“Ada. Ada.” Kami
saling berpandangan. Tersenyum-senyum.
“Hehehehe. Are
you thinking what I’m thinking?”soal ku.
“Hehehehe. I am
thinking what you’re thinking!” kemudian kami ketawa bersama.
“Eyrah. Eyrah.
Kacakkan dia?”
“A’ha! Good
looking boy. Aww!.” Sekali lagi kami ketawa. Nasiblah kelas belum bermula
kerana Miss Chan masih membetulkan komputernya.
“Shhhh!
Janganlah bising sangat. Awak tahu tak dia tu siapa?” kata Eyrah sambil menutup
separuh mulutku.
“Kenapa?” aku
kehairanan. Eyrah merapatkan mulutnya ke telinga ku. aku sedia mendengar.
“Tahu tak, dia
tu lah Joey. Sepupu Siti dan Syafika.” Bisik Eyrah. Terbeliak biji mata aku dan
aku segera menutup mulutku.
“Biar betik?”
“Betik!”
“Awak tahu siapa
nama sebenar dia?”
“Tak tahu.”
“Awak tanyalah
dengan Siti.”
“Tak naklah!”
“Kenapa pula?”
“Malulah!
Awaklah tanya mereka.”
“Ishhh. Malu!”
“Hmmm.” Kami
berdua menggaru dagu masing-masing dan memandang ke arah Siti dan Syafika yang
duduk di sebalah meja kami. Kemudian kami saling berpandangan lagi.
“Kenapa dengan
korang ni nyah?” Ayie menyampuk.
“Tak ada
apa-apa.” Jawab kami serentak.
“Iyelah tu.”
Ayie berlalu dari meja kami.
Selepas tamat
kelas Biology bermakna tamatlah juga sesi persekolahan kami hari ini. Jantung
aku ni berdebar-debar sangat bila asyik fikirkan budak tu tadi. Aku nak tahu
nama sebenar dia. Tapi...malu pula nak tanya dengan Siti atau Syafika. Nanti
apalah yang mereka fikirkan.
“Aisya? Awak
betul-betul nak tahu ke full name Joey tu?” tanya Eyrah berbisik kepada ku.
“Hmm...” Aku
hanya anggukkan kepala dan mengetap bibirku.
“Okay, jom kita
tanya!”
“Hah! Nak tanya
dekat siapa?” aku terlopong separuh gembira.
“Dengan
Sitilah.” Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengangguk tanda setuju. Eyrah
segera memanggil Siti sebelum dia memasuki laluan menuju ke asrama.
“Haa.. Ada apa
panggil aku ni?”
“Tak ada. Eyrah
nak tanya sesuatu dgn kau.” Jawab ku selamba. Eyrah menyiku pinggang ku.
“Ish! Errr...
Tak. Macam ni Siti. Err. Siapa nama sebenar Joey eh?”
“Laaa! Tu je?
Namanya Iqbal Rayyan. Kalau korang nak add dia kat Facebook, gi je dalam
friendlist aku. Cari nama Iqbal Rayyan.”
“Thanks Siti!”
ujar kami berdua.
“Ehem.. Ade
apa-apa ke?” tanyanya lagi.
“Hah? Ada!
Ehh... Tak ada lah. Tak ada apa-apa. Saja je tanya.” Jawab ku. boleh pulak
gagap aku ni.
“Haha. Yalah.
Aku gerak dulu.” Siti pun berlalu dari situ. Wah! Alangkah gembiranya hati ku
ini. dapat tahu nama sebenar dia sekaligus dapat tahu nama Facebook dia.
bertuah aku hari ini. hati aku penuh bunga-bunga.
“Whee! Dah
dapat.” Aku melompat-lompat di situ.
“Woi. Malu
siket?”
Alamak. Over excited pulak.
“Hihi... Jom
balik!”
Bersambung...
Bersambung...