Tears Of Joy Line Smiley

Monday, November 26, 2012

Youth Leadership Training Camp 2012

assalam belog.. lama dah aku tak update nihh. minggu lepas aku dan kawan-kawan yang lain prg Lambir. bukan nak seronok-seronok or picnic segala. no no and no. kami ke sana sebab join sebuah kem anjuran HQ PBSM cawangan Miri. Youth Leadership Training Camp(YLC). kem ni mengajar kami jadi ketua, disiplin & tepati masa. berbeza dpd kem sebelum ni. kem ni lebih lasak dpd kem yg lain. jalan ceritanya bermula pada hari pertama kami jejakkan kaki d HQ, Miri.

18/11/2012-Ahad
 
kami bertolak dari sekolah(SMK SUAI) jam 2pm. sampai di HQ lebih kurang jam 3.15pm. sementara menunggu cikgu, budak-budak HQ bg kami masuk hostel. petang tu hujan renyai-renyai. lepas berehat, and cikgu pengiring pun dah sampai. kami(aku, munirah, anira & yazid) nak keluar jalan jalan. al maklumlah bukan selalu dpt jalan dgn kawan-kawankan..? so, we decided to walk to the mall (Boulevard). fortunately, my cousin free. so dia tumpangkanlah kami and bawak kami jalan-jalan sampailah malam...

19/11/2012-Isnin
pftttt!! pagi yang huru-hara yg pernah aku lalui selain bangun lewat utk ke sekolah. haha! no breakfast? perut kosong sangat! we got no choise. terpaksa call my cousin yang tengah lena tidur supaya hantar kami prg beli makanan(tapau). beli kat KFC jew lah. masa tu jugak hp aku mula berbunyi. mana nak SMS. Call lagi dari mak, kawan aku dekat HQ yg mintak cepat sikit sebab bas dah nak jalan. gila tak tension pepagi tu. hahah!! Allah je tau macam mana perasaan aku masa..
and you know what is the worst thing? makanan tu tak sempat dimakan. sampai kat Lambir, dibuang macam tu je. OK! lain kali, aku takkan beli walaupun nak mati tak breakfast. huhuhu..

masa nak pergi tu, Handphone, Camera, Snacks & Jam Tangan atau apa-apa yg sama waktu dgnnya tak boleh bwak. hmm. rules are rules!

berkumpul di dewan HQ.
 
 
kem komanden tengah bg taklimat
(Clement Liew Tze How, Chung Hua, 16 tahun)
 
 

aku tak tahu jam berapa kami sampai kat Lambir. lepas turun dari bas, kami berbaris ikut kumpulan yg dah ditetapkan. then, bawak barang masuk hall. dewan tu perlu naik tangga lagi. aduhh. bayangkanlah badan aku yg kurus ni bawak beg-beg nii::::

 
berat tau tak?! dah aku terkial-kial sorg-sorg angkat beg-beg tu.. huhuh. aku tengok budak-budak lain rilex chillax je angkat barang-barang diaorg. sedeyh btol!
lepas angkat beg..
 
 kitaorg berbaris ikut sekolah pulak. kali ni nak dirikan khemah. perghh!! tengah hari yang panas giler terpaksa dirikan khemah, korek lubang untuk pasakkan tiang khemah tu. haddoi. perut kami ni tngah kosong. apapun, satu ayat je dalam hati aku masa tu, "WE MUST DO THIS, WE CAN DO IT!"
dan Alhamdullilah kami dapat jugak dirikan khemah tu dgn bantuan AJK.. tapikan! ada 3 org AJK tu yg sangat-sangat annoying! banyak songeh. huu... sorry to say kay! but that's our opinion toward 3 of you. aku takkan mention nama diorg. biarlah jadi rahsia team sekolah kami. hehehh..
tau kitaorg gelar diaorg apa? PUCUK PENAUK .
 
 

berusaha korek lubang untuk letak tiang khemah.
fuhh... bukan senang tau!

 
lepas habis kemas-kemas beg letak lam khemah....lunch time! ohh. haus sangat!! nasib mak bekalkan gelas besar untuk aku. hihi. taklah merinsak sangat turun naik ambik air.
after lunch was the gadget making by scout. ketua pengakap datang bg tunjuk ajar cara buat ikatan dan buat gadget.
 
 
 
best jugak. setiap khemah mesti ada 1 atau lebih dpd 1 gadget.. kami buat ampaian saja. tak sempat nak buat yg lain. sebab ptg tu cuaca tak elok sgt. hujan.. aku bersyukur sebab hujan turun. sakit kulit aku kena panggang matahari. huhu!
 
 
potong buluh untuk buat gadget
 
 
 
habis aktiviti tuu, siren bunyik. mana arahnya? HALL! ok. lari trus g sana. what's next? Motivation Talk by Mr Selvaraj. best! boleh relax chillax sikit masa tu. sebab dia bg motivasi sempoi, mudah difahami, mudah didalami & most important thing is everyone being sporting. i like that. tajuk motivasi petang tu ialah KEPIMPINAN REMAJA. banyak jugak yg aku belajar. tak dopat den nak nyatokan satu-satu. kalau nak belajar lebih lagi, joinlah YLC tahun depan. sebab tiap-tiap tahun da.
 
okay. next! shower time~ bla bla bla bla. shower lah sangat. haha. macam mandi kerbau je rasanya. kenapa? sebab masa mandi hanya 5minit sahaja. engkorng sanggup tak mandi 5minit? haha. kalau dah join YLC, korg akan sanggup sajalah. nak lawan tok dopat. ada jugak yg mandi lumpur nanti. hahaha..!! lepas mandi, dinner. makanan? okay lah sedap.. dah laparkan? aku lahap jer lah.
 
dah tu, berkumpul di hall lagi utk aktiviti Team Builing. lepas tu, Ice Breaking. yeahman! aku suka ice breaking kali ni. hahah. macam party pulak rasanya. kau nak teriak, ketawa terbahak-bahak, melompat segala buatlah. aku pun rasa aku lost control malam tu sebab asyik ketawa dan teriak-teriak sampai tak sedar tekak sakit dah. hehe! tapi mmg best wa cakap lu. terbaik~
 
dah habis ice breaking, kitaorg pun disuruh tidur.. aku letih sangat.. lenanya aku tidur malam tu. tak tahulah kenapa. letih kott.
oh ya! nama kumpulan kami KIWI dan slogan kami,
KIWI CUTE, KIWI SWEET, KIWI FIGHTING!!
hehe.. selamat malam~
 
 
20/11/2012-Selasa
second day di Lambir. uarghhhh!! Scallie bangunkan aku yg sedang nyenyak tidur. nasiblah. sekali gerak aku terus bangun dan tukar pakaian BSM. tak lama lepas tu, siren bunyik! apa lagi mmg macam kucing kena pukul. bertempiaran lari menuju arah siren. dgn muka yg sembam. muka tak basuh lagi. gigi pun tak gosok lagi. haha. nasiblah aku takda masalah nafas berbau pepagi ni. lepas flag rising, kitaowg dberi masa utk kemaskan diri lagi. senaman pagi. hah! ni yg aku tak tahan. senaman pagi. adoi mak! nak tercabut lutut aku ni haaa. al maklumlah lama dah tak excersice lari-lari ni. huhu. alamatnya, aku lah yg last sekali. huahaha. sabar je lah. nak pengsan pun tahan! malu siott pengsan depan org ramai. blablabla~ habis buat senaman, latihan kawad kaki. last day nanti ada pertandingan kawad kaki antara kumpulan(ada 6 kumpulan, aku kumpulan yg ke-6).
 
hahohahohaho~ ok! breakfast time..WHEEEE! perut aku pun dah ber-Kriiiokk dari tadi. sudahlah suara hilang masa latihan kawad tadi. si fasilitator tu asyik paksa aku keluarkan suara. tau tak tekak aku ni kering sgt sebab tak minum air. HUHU!! nasiblah dia tak paksa memanjang. kira fahamlah tu kan.. hihi. btw, muka fasilitator kami macam muka geng aku. Chew Ji Kuet tu. haha. tapi budak ni budak pandai aku rasa. dr Chung Hua. and dia baru form 3. Chew form 4. dan pokoknya dia lebih matang dr Chew. haha. sorry Chew~ ngee. what's for breakfast erk? there came sausages, bread, planta, sugar and the drinks were milo & tea. first day breakfast aku pilih teh je lah. sebab kat rumah mmg aku minum teh utk breakfast. tapi syg! teh yg diaorg buat kureng dpd teh yg mak aku buat. hehe. but its okay. BERSYUKUR lah non! dpd diaorg tak bg kitaorg makan & minum.
 
ok next! g hall. apa agaknya aktiviti kami? belajar! belajar first aid(bandaging). ni yg aku lemah ni. belajar balut-balut. best jugak. banyak yg diajar. fuhh! hampir tak dapat nak sumbat lg lam memory otak ni. lagipun aku kali pertama belajar semua ni. kalau setakat balut sebarang & sapu ubt kat luka org tu aku tahulah. kenapa kali pertama? sebab aku bukan ahli BSM yg sebenar. terus terang ok. aku ahli PDRM. so, this is my first time belajar buat benda-benda ni. belajar jd ahli BSM. tengah hari menjelma and its lunch time! menu tengah hari:: nasi, kari daging & sardin.
lepas lunch prg hall lagi. First Aid II-Sport Injuries Theory and Practical. banyak jugak maklumat yg kami dapat. terutamanya aku nilah. haha..
 
lepas habis ceramah tu, now its show time! EXPLORACE yaww! tahu tak? awal-awal dah kena simbah dgn air. wahhh! best tak best. habis telinga aku masuk air. suka hati diaorg simpah jerr. HAHA!! kalau tak silap ada 8 station. aku ingat-ingat lupa dah. banyak btol kena masok air otak aku ni. LOL. kat station terakhir! hah!! sini.. PUCUK PENAUK tu punya station. amboiiii. betol-betol lepaskan geram kat aku nampak! aku ni terok dikenakan. budak sorg tu, mmg buat aku sakit hati. heishhh. asyik aku je yg kena simbah. tak puas lagi? dia ambik belon air baling kat aku. sbar je lahhh. hampir meletup aku masa tu. dah badan aku sakit-sakit. warhhh!! terseksa.  lepas habis explorace, ialah flag lowering. and you know what? KITAORG TAK MANDI DARI PAGI TADI. hahahahaha!! mandi petang je. tu pun 5 minit sahaja. cayalahhhh....
lepas mandi, kemas-kemas.. dinner. malaslah aku nak cakap sal dinner. makan je pon. hehe!!
then, Workshop -Introduction to MRC and Youth Unit Management/Set Up. atau lebih senang lagi cara-cara untuk buat atur cara sesebuah event. cara-cara buat kertas kerja/proposal. kalau nak buat kem, contohnya YLC ni lah. kita perlu kelulusan dpd beberapa pihak. nak sedia tempat lagi, masa, makanan, yuran dan banyak lagilah. see? bukan senang nak atur semua tu kalau takda pengetahuan!  
 
Cik Alice tengah menerangkan satu persatu cara buat kertas kerja.
shhhh! stay focus. hihi
 
 
Cik Alice ada bg tugasan jugak tau! dia minta setiap kumpulan sediakan kertas kerja yg ringkas dan kami akan bentangkan nanti. dan tugasan kedua ialah lakonan. kononnya ada event setiap kumpulan buat. twew! kumpulan aku, macam biasalah. aku pasti akan jadi tukang cakap/MC. hehe!! tapi sayang takda gambar aku jdik MC.
 
 
 
tengah berbincang...
 
show time!!


tengah dengar komen dari Cik Alice & beberapa org lagi hakim..
 
 
lepas habis sejam lebih agaknya ceramah dari Cik Alice, kami buat group discussion lagi. nak buat persiapan untuk cultural show malam terakhir nanti. tahu tak tajuk yg kumpulan kami dapat?
LADY GAGA+MICHAEL JACKSON+PSY
semua blur mula-mula dapat tajuk tu pagi tadi. memang tak tahu nak buat apa. aku lagilah! tak pernah-pernah seumur hidup aku dapat tajuk macam tu. aku diam je lah. perah otak sendiri. biar diaorg cadangkan idea mereka dulu. karang aku bg mmg kena tolak. haha. sebab takda pengalaman pun dlm benda-benda ni. kalau bg tajuk Cindarella tahulah aku. ngeee!!!
 
 
21/11/2012-Rabu
malam kedua tu, hujan lebat sangat. sejuk tak sejuk. mmg selesa tidur. sampai aku tak sedar lengan aku basah sebab bumbung khemah kami bocor sikit. nasiblah sikit. huhu. dan tiba-tiba semua org terkejut bergegas keluar dari khemah. apahal?! oh! siren bunyik....!! arghh! pukul berapa sebenarnya ni? tak nampak matahari pun. gelap semacam je aku tengok. sejuk menggigit sampai ke tulang. rasa mcm kat Cameron Highland lah pulak. dah lh hujan! redah je..semua berkumpul di dewan. aku tengok semua mata layu. haha. termasuk akulah! aku tenung luar tingkap. gelap ni. pukul 3 pagi kot? aku main teka. pastu, buat aktiviti tiup belon utk buat bangunan ke tah apa tah. aku tak tahu nak cakaplah. dah habis buat tu and dah hantar. tiba-tiba........... BOOMM!!! semua meniarap. sejuk tahu tak? dewan tu lagi dperbuat dpd kayu plus hujan lebat. mak aiii. nak menangis pun ada. menyesal aku tak sangkut sweater aku sekali tadi! huh!! diaorg suruh kitaowg sambung tdur. okayh! jangan bazirkan masa yg ada. lantaklah sejuk sampai beku. aku nak tidur!! Zzzzz
 
 
beberapa jam kemudian~ SIREN BUNYIK!! automatik bangun-mengeliat-mata layu. HAHA
tengok luar dah siang. senaman panaskan badan buat dlm hall sebab hari masih hujan.  jogging je tak buat dlm hall. hmmm.. pusing lagi 2 pusingan. haiyak! mintak nyawa mintak nyawa!!!!
aktiviti utama hari ketiga ni ialah JUNGLE TREKKING! whee!! ni yg aku tunggu-tunggu. tapi tak dapat buat aktiviti lasaklah pasal kaki aku sakit sangat. nak duduk pun susah. jalan slow-slow dapatlah. rugi pulak rasanya. tak apalah. kesihatan itu penting lagi kan? eheee..
 
 
                       menuju ke waterfall Lambir taklah jauh sangat perjalanannya. kira-kira 20minit-30minit camtulah. merinsak lagi aku jalan masok Gua Niah. hahah. Gua Niah lagi aku blom habis teroka sbb besar sgt walaupun aku budak Niah. heheh
nak tahu kitaorg duduk kat mana tu? kat tangga lah kan. bukan tangga biasa ok.
kat atas tu ada menara peninjau zaman Jepun dulu. dara 3 org ni tak naik sbb letih+sakit kaki.
berposing kat tangganya sudah cukup.
 
 
ni air terjun peringkat ke ... (aku lupa dah) hehe

pokoknya, ni waterfall yg kami hadap masa dduk kat tangga tu(lihat gambar atas).
aku boleh nikmati bunyi deruan air yg jatuh tu. tak pernah aku rasa tenang camtu bila dgr bunyi air terjun selain dpd ombak yg menghempas pinggir pantai. indahnya ciptaan Allah.
 
 
 
sampai-sampai saja terus kena BOOM attack. haiyaa. lambat jugak nak meniarap.
kena cari tempat yg sesuai dulu. hehe.
 kami pilih kat bawah pokok je lah.
sambil tu boleh tengok waterfall(besar punye) kat tepi tu(kanan)
 
 
sempat engkorg berposing yee. nak tahu?
budak 2 org ni betul-betul menghadap waterfall tu.
 
 
dalam masa tu, ada sorg kawan yg cramp. dia tak dapat buka genggaman tangan dia.
huhu. mesti sakitkan >.<
 
 










 
habis dah jungle trekking, peserta yg ikut aktiviti lasak tu diminta membersihkan diri.
lunch! ya.. aku pun dah lapar sangat!! haha..
then mock excersice.buat apa? tolong org cedera. first aid. kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.
kumpulan 1, jadi ''ambulans''. kumpulan 2, bandaging. ok fine! aku masuk kumpulan 2. apa malang sungguhlah. huhu. aku tak reti sangat balut-balut ni. haiyaaa.
 
dah kemas apa semua tibalah masanya utk flag lowering.
 
 
lepas mandi, macam biasalah. dinner! uwarghh.. LAPAR !
malam ni ada special sikit. ada fried chickens. nyummy!!
 
sempat korg posing eh? dgn pinggan mangkuknyer tuhh

berbaris mengikut kumpulan kalau nak makan awal!
HAHAHAHAHA
 
lepas je makan, semua gerak ikut kumpulan masing-masing. buat persiapan terakhir untuk Cultural Show! wahh. berdebar-debar rasanya.. pulak dah! aku pegang watak utama. first time aku jadi Lady Gaga. takda pilihan. HUHU. demi maruah group aku. aku sanggup! CHEWAHH. hahaha!!
 
 tengah mendengar komen & kritikan dari hakim-hakim.
rasa macam kat pentas raja lawaklah pulak!
sebab kami buat FUNNY VERSION.
gila tak funny? semua sporting. kwan-kwan aku kata malam tu aku mmg sportinglah!
hehe......
 
yg ni kumpulan BANANA. aku suka ejek diorg. HEHE
bananana~~~(iklan kartun kat TV3/TV9 tu)
hahahahahahahaha!!
 
tak lama lepas tu, tamatlah cultural show kami... macam biasa, tidur time!!
TAPIKAN~ tengah malam tu...kami dikejutkan lagi dgn ALARM maha menyakitkan telinga tu sekali lagi!! apa pulak kali ni? kasut aku pun tak sempat ikat.. adoiii
 
FIRST AID lagi?! alamakkkk.. individu pulak dah! mati mati. tu je dalam otak aku. tak habis dgn mata aku masok habok yg entah dr mana datangnya aku pun tahu. pedih!! diaorg yg pura-pura injured tu pulak meraung melalak tengah-tengah malam. makkkk... aku pulak rasa macam nak pitam kat situ. huhuh!! beberapa minit lepas tu, Alhamdulillah. tamat jugak seksa tengah malam aku. kembali tidur sampai pagi.... Zzzzz !!
 
 
22/11/2012-Khamis
Selamat Pagi Lambir!! happy sebab hari ni last day! yes yes!! hati ku melonjak-lonjak girang. wheeee!! haha. TAPI! ya TAPI. sebelum balik, masih ada tugasan/aktiviti yg perlu dilakukan..
lepas sarapan, ada pertandingan First Aid. main balut-balut lagi.... dan pertandingan kawad kaki antara kumpulan.. then, CLEAN UP! yeahhhh!! nak balik nak balik! HEHE. semua peserta happy!!
 
 
happy nya!! nak balek dah. tapi khemah tak "runtuhkan" lagi.
haha. posing dulu ekk.
 
 
usaha-usaha "meruntuhkan" khemah. heheh
 
 
 
dah habis kemaskan khemah, angkut beg-beg besar gedabak kami tu g hall. arghhh!!
sekali lagi! terkial-kial bawak beg besar-besar tu sorg-sorg. HUHUH
 
 
 
dari hall tadi, kami diminta "berjemur" lagi untuk menyaksikan Fancy Drill Demonstration dpd SMK Chung Hua Miri & SMK St. Columba Miri

 
 
Fancy drill dr SMK Chung Hua (lagu One Direction...aku lupa tajuk lagu tu)


 
 

 
 
ni pulak fancy drill dr SMK St. Columba (lagu PSY-Oppa Gangnam Style)

 
 
apa yg aku nak komen sal fancy drill mereka?
BEST GILAAAAAA!!!!
kitaorg pun nak buat macam tu kat team kawad kaki sekolah tahun depan!
terutama team kawad kaki rumah sukan.
mmang terangkat punngung org tengok!
HAHA
 
lepas habis demo ni, ialah closing ceremony & photo taking session.
terima hadiah... besar hamper youuu!
group aku dapat tempat ke-dua!
okaylah tu.. hehe.
 
 
auchhhh!! sape pulak ni? haha. romantik tak?
ngee! nilah BEST CAMP BOY & BEST CAMP GIRL YLC tahun ni..
yang lelaki tu member lam group aku, Justin Ling.
yang perempuan tu pulak Theresa Chan.
diaorg mmg layak jadi Best Camp Participants.
 
 
 
!!PHOTO SESSION!!




pohai dgn diaorg kat atas tu?? HAHA
macam-macam ada posing kat situ.
macam tugu pun ada jugak aku tengok...
 
hehe!! okay...tu aje untuk entry kali ni.. aku rasa korang pun dah letih nak baca sebab panjang lebar kan? haha. aku yg menulis ni lagi letih.
bye bye!!