idola aku? siapa rasanya? senang cer. aku tak ambik yg jauh-2.. yang depan mata aku pun dah ada banyak.. dalam banyak-2 tu, aku pick sorg.. siapa?
yang ni... My lovely mom.. Dayang Seniah Awang Sahdan. kenapa aku pilih dia? hmm.. bnyk sebabnya kalau korg nak tahu..
well, semua orang tahu ayah aku meninggal dunia sebelum aku dilahirkan ke dunia.. aku tahu memang mak sedih sangat. mulai detik tu, mak hanya ada keluarganya. keluarga ayah takda.. ayah sebatang kara semenjak dia jumpa mak.. walau hati terasa berat dan sedih, hidup mesti diteruskan. mak wanita yg kuat. dia cari rezeki untuk kami 2 beranak.. masa tu, kami hidup miskin.. boleh dkatakan pada masa tu, kamilah family yg paling miskin kat kampung.. orang ramai bahkan saudara sendiri tak suka kami. apatah lagi nak membantu. tipulah kalau takda yang membantu. mungkin tak ramai yg sudi.. kena halau, kena caci.. semua mak pernah rasa. aku masih ingat suatu hari tu, mak mengamok. aku tak pasti kenapa sampai jiran-2 kami dtg ke rumah. aku hnya mampu melihat. walaupun kejadian tu dah lama, ia masih melekat dlm ingatan aku. mak gendong aku. dia menangis..
lepas semua org tenangkan dia, tangisannya reda. dan dia meneruskan aktiviti sehariannya spt biasa. sama juga pada hari-2 yg berikutnya.. sedangkan lidah lagi tergigit, apath adik-beradik. sering kali mereka bertelagah.. tapi, mak tetap tenang apabila semuanya kembali reda. aku tak tahu dari mana mak dapat kekuatannya kembali. dalam masa yg singkat. seperti tiada apa-2 yg berlaku pada masa lalu. jauh bezanya seperti ku.. masakan aku boleh jadi sepertinya?
aku juga kanak-2 dan remaja yg normal.. sering kali buat hal.. mak marah.. ugut aku.. dia nak berhentikan aku sekolah.. aku paling tak suka bila dia cakap mcm tu.. tapi aku tahu dia takkan sanggup buat mcm tu.. takkan dia sanggup buat mcm tu pd satu-2 puterinya mcm tu.. apabila dia mula marah, aku akan diam.. kadang-2 ada juga aku melawan.. ahhh! aku juga remaja yg normal. yang terharunya, bila aku minta something, dia akn tunaikan.. tetapi, bila dia tak mampu dia akan beritahu yg dia tak mampu.. dia tak pernah merungut mencari rezeki.. katanya, rezeki di mana-2 saja..
mak aku boleh dikatakan seorang usahawan.. dia terima tempahan kuih-muih setiap hari perayaan.. katanya lagi, kita tak boleh tamak.. kalau tak mampu terima tempahan lagi, cdangkan saja pada org lain yg mampu buat tempahan tersebut.. bersyukur dgn apa yg kita ada..
seperti yg aku katakan tadi, dulu kami miskin.. alhamdulillah berkat usaha dan semangatnya serta adik-beradik mak, kami sekarang dah ada semua keperluan untuk hidup. dah lebih 8 tahun kami berpindah ke banglo setingkat ni.. dan, mereka usahakan tanam sawit.. percaya atau tidak? walaupun umur mak dah menjangkau setengah abad, dia masih boleh angkat sawit, spray rumput dan mcm-2 lagilah.. sebab tu aku kagum gila dgn mak.. aku ni study-2.. jejak ladang tu pun aku tak pernah.. terokkan? haha.. semangat mak, kedut dimukanya, aku tak pernah tengok dia merungut atau menangis depan aku.walaupun dia nak menangis, dia tahan..
aku tak suka tengok mak aku nangis. seriously.. x tahu kenapa.. tak kisah lah dia menangis sebab gembira atau sebaliknya.. aku nak tengok dia senyum saja...
hehe..
btw! lastly, aku nak sangat tengok mak aku senyum 7 hari 7 mlm 2 tahun yg akn datang sebab aku dapat result yg bagus dlm SPM !!!!!!!!! AMIN.... :)
aku sayang mak.. muuuuaaaaaahhhhhhhh!
i my me mine, Hasidah Abdullah. :)